Sabtu, 7 April 2012

ProRakyat: Kerja Amal Didahulukan Sebelum Pertubuhan Dirasmikan



Kerja Kebajikan dan Kemajuan Rakyat bukan baru bagi ProRakyat. Sejak dulu beberapa aktiviti dilangsungkan. Di antaranya:

Bersama jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 untuk semarak bersih di selangor.

Bersama piket dengan persatuaan pekerja.

Membantu mangsa banjir di ampang.

Ceramah motivasi untuk pelajar2 sekolah

Aktiviti-aktiviti riadah yang lain.






Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi ‘kuning’ hari ini.


Menurut Jurucakap Prorakyat- Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan.

“Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini,” katanya.

Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat.

Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.









 


Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda.

Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik.

“Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan.







 

“Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih.

Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih.



“Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong,” katanya

Perhargaan kepada Free Malaysia Today (FMT).

ProRakyat: Banjir Di Ampang Pendengaran Awam Di SELCAT

Banjir! Selangor tidak terkecuali. Dari yang dikategorikan sebagai "kilat" mahupun yang besar bahnya air melepasi paras kepala.

Ini satu daripadanya:






Bab banjir dan pertolongan kecemasan dan bantuan kepada mangsa, Prorakyat ada rekod keprihatinan dan Kebajikan demi Kemajuan Rakyat.

Seterusnya:

KENYATAAN MEDIA

JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI KECEKAPAN,
KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN KETELUSAN (SELCAT)

Adalah dìmaklumkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan pendengaran
awam ke atas Kejadian Banjir di Hulu Langat (7 March 2012) dan Kejadian Banjir di
Klang (30  2012) pada 16 dan 17 April 2012, jam 10 pagi di  Gerakan
Dewan Negerì Selangor 2010.

Antara saksi-saksì yang akan dipanggil untuk memberi keterangan termasuk wakil
darí  Mesyuarat Kerajaan Negerì, Pejabat Daerah,  Perbandaran,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya,  Parlimen dan  Dewan
Negeri.

Badan Bukan Kerajaan dan orang perseorangan yang ingìn hadir untuk memberì
keterangan juga  dan perlu memberìkan keterangan bertulìs terlebìh
dahulu selewat-Iewatnya pada 12 April untuk dìtentukan keberkaìtan keterangan
mereka sebelum mereka dìpanggìl.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas

ProRakyat: Ceramah Demi Kemajuan dan Kebajikan Rakyat

Demi Kemajuan dan Kebajikan Rakyat, ProRakyat telah, sedang, dan akan menganjurkan ceramah. Ini satu daripadanya. Ceramah Motivasi. "Pembangunan Insan dan Tanggungjawab Dalam Kepemimpinan. Dianjur untuk Pelajar dan Pekerja.....




ProRakyat: Perhimpunan Aman Pra-BERSIH 3.0 Di Pulau Pinang

Di Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang.....


Di mana lagi ada perhimpunan aman Pra-BERSIH 3.0, khabarkan ya.

ProRakyat: Pemimpin Negeri Idaman Kunjung Suarakan Kemajuan dan Kebajikan


Di kalangan Pemimpin Negara dan Negeri, Rakyat tabik Dato' Seri Menteri Besar Selangor, Y.A. B. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau kurang berpolitik dan lebih kerap berkebajikan. Berwawasan memakmorkan Selangor dan memajukan Rakyat. Kurang cakap Lebih bikin. ProRakyat bersama beliau di Sabak Bernam. Anda? Jom kita bersama.....

ProRakyat: Tinjauan 1 Poster Menarik Sini Sana Pula

Yang sihat datang bersifat.
Yang istimewa datang dengan daya rela






Kalau brader boleh hadir, mereka yang boleh berlari lagilah perlu hadir, kan....?

ProRakyat: Tinjauan 1 Poster Menarik Sana Sini

Melangkah awal sebelum ke pintu pejuangan BERSIH 3.0 sebenarnya.....






Jom kita....!

ProRakyat: Menariknya Petikan Dari facebook Pak Syed Shahir




"Akhirnya BERSIH 3.0 tiba.... Ayuh rakyat Malaysia..."



"Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan himpunan ketiga bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Himpunan itu yang akan berlangsung pada jam 2 petang dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam Malaysia dan juga seluruh dunia."




"kami anak muda tetap bersamamu pak samad said utk bersihkan negara kita dari penipuan,pemborosan sang penguasa,ketamakan kroni dan SELAMATKAN MALAYSIA..ayuh anak muda kita duduk dan bantah pd 28 april 2012 jam 2 ptg Dataran Merdeka..."



"aku harap baju BERSIH 3.0 ku tidak akan dicemari lagi sepertimana baju BERSIH 2.0...."


Siap sedia kita untuk BERSIH 3.0

ProRakyat: Dari Generasi Ke Generasi BERSIH 3.0

Mewakili generasinya, Sasterawan Rakyat berkata.....


Maka kita generasi muda kalangan jelitawan budiman, tinjaulah masa depan yang ProRakyat turut sama melakar sejarah pilihanraya bersih kini:


Bersama Pak Samad, dan Presiden Prorakyat Khairul Anuar Othman dan generasi muda, kita langkah maju dan dengan kebajikan dipastikan, maka BERSIH 3.0 adalah suara Rakyat menuntut demokrasi tulen peti undi supaya kerajaan terbentuk adalah Kerajaan Rakyat!!!

ProRakyat: Kenangan BERSIH 2.0 Malaysia Dan Dunia

http://www.youtube.com/watch?v=odU5gJ7UHII&feature=player_embedded



ProRakyat: Foto Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Ahli

BERSIH 3.0



Ada lagi? Ada...!



ProRakyat Proaktif Dengan Aktiviti Sebelum BERSIH 3.0

Penghargaan Foto Kepada Wong Teck Chi - Malaysiakini.



Pre-Road To BERSIH 3.0

Duduk-duduk. Sembang-sembang. Bantah-bantah.

Jemputan Khas - Anda dan Pimpinan BERSIH 3.0

Penghangat suasana - Sasterawan Rakyat Pak Samad. Dato' Ambiga. Hishamuddin Rais.

Turut seiring langkah, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0 Adam Azli. Mahasiswa Bangkit (SMM). Cikgu Bard (SMMM). Tuan Syed (JIM). Para Pemimpin Pakatan Rakyat mewakili NGO masing-masing. 

20 April 2012

5 Petang

Dataran Shah Alam.

Tema - Kuning.

Presiden ProRakyat, Khairul Anuar Othman dipetik di facebook berkata: ".....sedang usahakan untuk memberi baju bersih 3.0 percuma kepada 100 peserta terawal..insyaallah!!"

Jumaat, 6 April 2012

ProRakyat: Lagi Foto Kenangan

Setiap foto ada kisah menariknya, dan begitulah banyak foto bakal dirakam dan dimuatkan di sini khususnya aktiviti ProRakyat di masa terdekat dan mendatang. Untuk kini imbauan kekuatan kita di masa lalu.














ProRakyat: Sejuta Wajah Dimulai Sebahagian Daripada Seribu

Sekadar kenangan dari simpanan foto untuk tatapan. Sesiapa ada lagi, sila email dan dimuatkan di laman ini. Berikut kenangan Presiden ProRakyat, di suatu ketika dulu, sehingga beliau diyakini ahli ProRakyat punyai kemampuan dan daya istimewa menerajui Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor - ProRakyat. Khairul Anuar Othman.















Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca