Sabtu, 7 April 2012

ProRakyat: Kerja Amal Didahulukan Sebelum Pertubuhan Dirasmikan



Kerja Kebajikan dan Kemajuan Rakyat bukan baru bagi ProRakyat. Sejak dulu beberapa aktiviti dilangsungkan. Di antaranya:

Bersama jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 untuk semarak bersih di selangor.

Bersama piket dengan persatuaan pekerja.

Membantu mangsa banjir di ampang.

Ceramah motivasi untuk pelajar2 sekolah

Aktiviti-aktiviti riadah yang lain.






Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi ‘kuning’ hari ini.


Menurut Jurucakap Prorakyat- Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan.

“Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini,” katanya.

Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat.

Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.









 


Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda.

Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik.

“Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan.







 

“Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih.

Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih.



“Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong,” katanya

Perhargaan kepada Free Malaysia Today (FMT).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca