Sabtu, 21 April 2012

ProRakyat: KeadilanDaily.com Lapor Awal Puncak Kuningkan Dataran Shah Alam


Menurut laporan KeadilanDaily.com:
Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.
Laporannya lagi:
Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.
“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya.
Hebat!!

ProRakyat: Presiden Ucap Terima Kasih kepada Semua Hadirin Kuningkan Dataran Shah Alam Petang Tadi

Presiden ProRakyat Khairul Anuar Othman ucap Terima Kasih kepada semua hadirin yang kuningkan Dataran Shah Alam petang tadi. 

Ramai memujinya menganjurkan program ini bagi pihak Rakyat Selangor yang mahukan pilihanraya di Malaysia bersih.



ProRakyat: Rakyat Selangor Tuntut Reformasi Pilihanraya Supaya Bersih

Tuntutan ini mestilah dipenuhi segera, terutama SPR yang sudah hilang kredibilitinya, sehingga digemakan laungan sebagai agensi ngapusi!!




ProRakyat: YB Ng Suee Lim Kata SPR UMNO BN Ngapusi

KeadilanDaily.com

melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’

Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.


 Foto Penghargaan Kepada Jurufoto KeadilanDaily.com

ProRakyat: 3 Petang Sabtu 21 April 2012 NGO Dan Rakyat Kuningkan Dataran Shah Alam

Begini suasananya. Aman. Meriah. Manis.



 Foto Penghargaan Kepada Ahli PKR Tegar.

Foto Penghargaan Kepada: Ennie Hesni.

Beberapa orang berpakaian kuning mula kelihatan di Dataran Shah Alam jam 3 petang.
  



Foto Penghargaan Kepada: Ennie Hesni.

Sepandok mula kelihatan.

Mereka bergambar.

Wartawan www. selangorku.com, citizen journalist, Harakah, dan antarapos.com kelihatan membuat liputan.

Dari minit ke minit ramai berbaju kuning kelihatan. Ada juga berbaju lain warna membeli cap dan baju-T kuning sedia dijual.

Kuning!

Tidak kurang daripada 100 orang berbaju kuning memenuhi Dataran Shah Alam.



Jawatankuasa ProRakyat mengiringi Presiden Khairul Anuar Othman ke tengah pentas untuk memulakan acara Duduk-duduk, Sembang-sembang, dan Bantah-bantah.

ShaifulAnuar Sulaiman mengacara.


Seketika kemudian Pemimpin Politik DAP Selangor, YB Ronnie Liu Teng Khiew hadir dan disambut sorak. Semakin lantang dengan kehadiran seorang lagi Pemimpin Politik DAP Selangor, YB Ng Suee Lim. Diikuti Pemimpin Politik PAS YB Dr Siti Mariah Mahmud. Kelihatan juga Y.Berusaha Tuan Haji Yahya Sahri.

Suasana dihangatkan ucapan Pemimpin.

  
YB Ng Suee Lim,  


YB Ronnie Liu Teng Khiew,


YB Dr Siti Mariah Mahmud.

Sesekali hon dari kenderaan lalu-lintas memberi sokongan.

Sebilangan hadirin awal mendapat baju-T kuning, percuma.

Presiden ProRakyat memberi ucapan bersemangat. Tekad semua untuk ke Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April 2012. Sabtu. 2 Petang.

ProRakyat: PRU 13 Pasti Kotor Dan BERSIH 3.0 Satu-satunya Harapan Rakyat



Setiap hari Rakyat membaca berita mengenai Pilihanraya Umum di Malaysia. Terdapat ratusan catatan kotor untuk Pilihanraya Umum Ketigabelas.

Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) - Beberapa Nama Telah Berjaya Diklonkan

Perdana Menteri Malaysia menanti saat menjadi Ketua Pembangkang. Pemimpin terakhir dari UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Langkah tindakan desperate yang tinggal hanyalah menjadikan Pilihanraya Umum Ketigabelas paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Setiap individu dan setiap pihak sedang bekerja keras ke arah mengkotori Pilihanraya Umum Ketigabelas.

Itu sahaja yang tinggal sebagai peluang terakhir untuk Barisan Nasional terus berkuasa.

Itu sahaja yang tinggal sebagai peluang terakhir untuk Perdana Menteri Malaysia kekal dikerusi kuasa.

Rakyat bangkit penuh kesedaran.

BERSIH

BERSIH 2.0

BERSIH 3.0

Ini sahaja peluang terakhir untuk Rakyat mengubah kuasa, mengubah pemerentahan negara, mengubah segala yang Rakyat mahukan perubahan.

Sebagai Rakyat anda mempunyai pilihan untuk bersama kekotoran atau kebersihan.

ProRakyat: Perkhemahan Mahasiswa Dataran Merdeka Dan Kesabaran Pembandu Lori DBKL?

Adakah klip video ini menjadi tanda kesabaran pihak penguatkuasa DBKL menangani perkhemahan Mahasiswa di Dataran Merdeka?
 
Bila si BESAR mengkasari si kecil.
 

Walaupun dari segi akal budi si besar hanyalah berkelulusan layak menjadi pemandu trak. Ini terbukti. Bukan semua tapi purata mereka Pemandu trak berkelulusan akademik rendah. 

Berdepan si kecil di Universiti untuk tidak memilih untuk menjadi pemandu trak bila kelayakan akademik dicapai kelak dijangka lebih tinggi untuk jawatan lebih tinggi dalam dunia pekerjaannya.

ProRakyat: Pra BERSIH 3.0 Dataran Shah Alam 3 Petang Hari Ini Dijangka Mendapat Liputan selangorku.com

Berita Baik!

Acara puncak Gelombang Rakyat di Dataran Shah Alam jam 3 petang ini mendapat liputan www.selangorku.com

Sama-sama kita semarakkan Pra BERSIH 3.0 Di Dataran Shah Alam.

Kuning!!

ProRakyat: Bangga Pemimpin Selangor Sokong Sertai BERSIH 3.0

Jelas dan nyata serta terang pula kenyataan para Pemimpin Selangor merata media sokong BERSIH 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April 2012 Sabtu Jam 2 Petang.

Ini seiring dengan ramai Pemimpin lain-lain negeri di Malaysia. Sokong dan Sertai.

Ini bukan lagi Nasional tetapi acara Internasional.


Namun sedikit menghairankan, bila Rakyat kalangan NGO menganjurkan acara seumpama, Pre-Road to BERSIH 3.0 Di Dataran Shah Alam 21 April 2012 Sabtu Jam 3 Petang, setakat ini pelawaan belum bersambut. 

Belum ada seorangpun memberi komitmen hadir atau memberi sokongan. 

Mereka kalangan Pemimpin, Rakyat beri sokongan sehingga mantap 4 tahun bersama berkuasa menerajui Selangor. Kini Rakyat harapkan sokongan mereka. Senyap.

Mungkinkah kurang "political mileage" jika hadir di Selangor berbanding di Kuala Lumpur?

ProRakyat: Takrif "Nasional" Adakah Mengikut Barisan Nasional?

Penganjur BERSIH adalah gabungan Badan Bukan Kerajaan, atau NGO - Non-Governmental Organization.


Berhasrat meneruskan kesinambungan BERSIH, BERSIH 2.0, dan pada Sabtu 28 April 2012, BERSIH 3.O.


Isu? Isu Nasional. 8 Tuntutan Pilihanraya Umum bersih.


Terdahulu anjuran BERSIH diakui berjaya. Namun belum sepenuhnya. Maka, BERSIH 3.0.


Dijangkakan BERSIH 3.0 bakal menjadi perhimpunan aman yang berjaya.


Angka, penting. Pemimpin kerajaan hendak tengok berapa angkanya.


Penganjur juga mahu angkanya tinggi, melebihi 500,000 orang.


Seandainya berjaya, ianya dirasai sebagai tekanan untuk jaminan organisasi terlibat mempastikan pilihanraya umum di Malaysia bersih.


Setakat ini Rakyat tahu, kotor, atau paling kotor kelak di PRU 13.

Jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, perlu diminta izin terlebih dahulu untuk penganjuran BERSIH 3.0, disebut sebagai "pemilik" atau penguasa dengan kuasa mengizin atau menolak, maka boleh diterima jika mahu menerimanya.


Tetapi alasan menolak dengan pernyataan penganjuran ini bukan bertaraf nasional, tidak boleh diterima. Ini berkaitan Pilihanraya Umum. Nasional.


Seterusnya, bila pengajur meneruskan juga dan sokongan ramai, apa yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh lakukan, kerana  ramai menolak penolakannya itu.

Jumaat, 20 April 2012

ProRakyat: Menyokong Sepenuhnya BERSIH 3.0 Datang Dataran Shah Alam Sabtu 21 April 2012 Jam 3 Petang





ProRakyat: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat

Sedari awal Mahasiswa yakin YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu memimpin dan menerajui, termasuk Pendidikan Bermutu Malaysia dan Pendidikan Percuma. Beliau perlu diberi peluang untuk melaksanakannya dalam masa terdekat. Sebahagian Mahasiswa memberi sokongan padu. Sebahagian lagi bila diberikan kefahaman bakal menyertai sokongan.

Dengan sokongan dan semangat pula sejak malam di Dewan Kiambang Seksyen 7 Shah Alam, Mahasiswa mula berarak dan berkhemah di Dataran Merdeka.

Apa yang berlaku, serangan samseng ke atas Mahasiswa, adalah cerminan cara gaya Pemimpin seterunya cuba mengekang Rakyat bakal mendapat nikmat dari kepemimpinan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terpanggil untuk menumpu masa kepada Mahasiswa saling menyokong di antaranya dan mereka.

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat.

Petikan dari facebook:

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kawasan perkhemahan para aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini ketika Anwar tiba pada jam 10.30 malam tadi.

ProRakyat: Presiden Dan Ramai Pemimpin Suntik Semangat Mahasiswa Berkhemah Di Dataran

Serangan Samseng Di Dataran Merdeka sedikit sebanyak mampu melunturkan semangat Mahasiswa Berkhemah di sana.

Namun, Mahasiswa mengambil ketetapan untuk terus berkhemah sehingga PTPTN dihapuskan.

Susulan itu, kalangan orang muda sanggup berserta untuk mengawal keselamatan Mahasiswa.

Kerajaan Selangor pula telah mengumumkan fasa berikut Pendidikan Percuma termasuk yang baharu bayaran dikembalikan kepada Peminjam PTPTN telah melangsaikan pinjaman.

Suasana ini dipuncakkan dengan kehadiran Pemimpin dan individu memberi sokongan terutama suntikan semangat kepada Mahasiswa terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga 28 April 2012 ini.

Jelas kelihatan Presiden ProRakyat Khairul Anuar Othman.

 Khairul Amuar othman & mustafa kamil Ayob di dataran merdeka bersama mahasiswa
Penghargaan foto kepada Bob Kj

ProRakyat: Samseng Serang Mahasiswa Di Dataran Dan Rampas Selangor Guna Kapak?

Apa cara Selangor dapat dirampas semula? Guna apa sahaja senjata? Adakah itu termasuk kapak? Teruknya kekecewaan Selangor terlepas dan sukar dapat kembali!!

Untuk mengetahui Samseng serang Mahasiswa Di dataran kelmarin, kita perlu tengok sejarah Mat Indera. Baiklah, sejarah Waris Malaya.

Pelancarannya:


Khamis, 19 April 2012

ProRakyat: Kerajaan Selangor Dilaporkan Bayar Kembali Pinjaman PTPTN Kepada Peminjam Langsai

Dapat laporan dari

Amk Keadilan Rakyat Gerik

Kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas Peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.

ProRakyat: 21 April 2012 Datang Beramai-ramai Kuningkan Dataran Shah Alam 3 Petang Sokong Pilihanraya Bersih

Kental Mahasiswa Di Dataran Merdeka pertahankan kedudukan berkhemah sebagai tanda tuntutan sampai berjaya hapuskan PTPTN.




ShaifulAnuar Sulaiman Ketua Bahagian ProRakyat Rawang, pos di facebook foto ini:



Seterusnya di Dataran Shah Alam pula. 21 April 2012. Sabtu. 3 Petang. Tuntutan pilihanraya umum yang bersih. Duduk-duduk. Sembang-sembang. Bantah-bantah.

Jom kuning!

ProRakyat: Video Selepas Mahasiswa Di Dataran Merdeka Diserang Samseng Sudah Dikenali

*

*

ProRakyat: Presiden Pakai Baju Kuning Di Dataran Shah Alam Sabtu 21 April 2012 Jam 3 Petang


Kita kuningkan Dataran Shah Alam. Sabtu ini. 21 April 2012. 3 Petang. Sejarah tercatat.









 


Ada makan-makan. Sambil Duduk-duduk. Sembang-sembang. Bantah-bantah.

Ini pula di mana?

 Ini gambar kenangan, foto masa lalu. Ali Ah-boy's Photos

Khairul Anuar Othman:
MEMORI TETAP SEJARAH SUKAR DIPADAMKAN DALAM INGATAN..

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca