Khamis, 19 April 2012

ProRakyat: Najib Masih Terpeleot Nak Umum Tarikh Pilihanraya Umum Ketigabelas

Kemenangan PRU 13 dan BN Kekal Berkuasa lantaran YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri, penting untuk imejnya.

Ya, penting untuk imejnya.

Beliau tidak pernah berkedudukan tertinggi seperti sekarang setelah menang pilihanraya umum.

PRU 13, pertama baginya.

Demi imejnya, beliau mahu menang. Tetapi menang dengan cara bagaimana? Bersih. Atau, Kotor?

Pernahkah beliau tegas menjamin pilihanraya bersih di Malaysia? Jika ya, nyatakan kenyataannya itu!


Beliau berkuasa mengumumkan tarikh pilihanraya. Tarikh yang menjadi teka-teki. Walaupun di kebanyakan negara Komenwel tidak begitu. Di lain negara, semua sudah tahu bila tarikh pilihanraya umum. Di Malaysia, pilihanraya umum hanya berlaku bila beliau umumkan tarikhnya.

Tidak diketahui adakah beliau perlu merujuk isterinya terlebih dahulu sebelum mengumumkan tarikh pilihanraya umum negara.

Tetapi, ramai tahu beliau akan mendapat isyarat daripada mantan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Isyarat itu telahpun diperolehi, ibarat nasihat terbuka.

Hujjah Sokongan:

Dr M panik, beritahu Najib utk adakan PRU-13 “sekarang” sebelum semua peluang musnah - Malaysia Chronicle

Terkenal sebagai pemimpin "play-safe". beliau juga mahukan pendapat dari parti lawan atau permaufakatan penentang utama Barisan Nasional turut memberi isyarat.

Isyarat itu telahpun disuarakan.

Hujjah Sokongan:
Negeri PR Mungkin Tidak Sertai PRU -13 Jika Isu Daftar Pemilih Masih Gagal - selangorku.com


Jadi, apa lagi yang beliau tunggu? Umumkanlah tarikh pilihanraya itu.

Kepada beliau, katalah siapa pun nak berkata, pilihanraya lambat lagi.

Kenapa?

Isyarat bagus pilihanraya diadakan pertengahan tahun 2012, bukanlah isyarat terbagus padanya.

Laporan ehem-ehem semua siap pilihanraya umum sudah boleh diadakan. Pasti menang.


Hujjah sokongan:
0.3 % daripada keseluruhan Pengundi Meragukan, cukup untuk rampas Selangor. Malaysiakini.

Tetapi, laporan dari satu lagi kem menunjukkan Barisan Nasional boleh menang hanya Pahang, Johor, dan Melaka sahaja. Menyeramkannya.

Lebih menyeramkan terkini, Johor pun tak selamat baginya:

gambar Buletin Setia Politik Kini. JOHOR BAKAL BERTUKAR KERAJAAN! Dengan izin Allah. Isyarat semakin jelas. jom citer citer di facebook, By: Bus Man

Beliau didakwa seronok ke luar negara. Tapi, keluar negara khususnya Peranchis tidak menyeronokkan. Adakah dalam keadaan ini belum selesai, tarikh pilihanraya hendak diumumkan segera?


Hujjah Sokongan:
French Scorpene inquiry kicks off tomorrow - Malaysiakini.


Sehubungan itu, ada yang mengetahui peguam telah ditugaskan untuk misi khas ini, tetapi belum nyata keberhasilannya.

Hujjah Sokongan:
PM Patut Jelaskan Misi Sulit Shafee Di Luar Negara - Malaysiakini.


Tidak diketahui kategori apa ada yang membodek untuk menyedapkan hatinya dengan memasang bendera di stesen keretapi Selangor.

Hujjah Sokongan:
Bendera BN Mula Dinaikkan Di Komuter S'gor - Malaysiakini.

Tetapi, tak perlu hujjah pun diketahui bodekan seperti itu pada masa sekarang bukan penyedap hatinya, sesedap apa telah dirasainya dahulu. Antara titik ke titik.

Terutamanya, abah akan sambung titik titik itu menjadi garisan keadilan. "Submarine And Murder. I can connect the dots." - Free Malaysia Today (FMT).

Filempun siap!


Ketika ada desakan supaya tarikh diumumkan, kerana semua bagus, beliaupun merasa bagaikan angin kencang sedang meniup ditiupkan untuknya, siapa halang akan dirempuh musnah. Dia tetap menang.


Tetapi, alangkah tidak kenanya, kerana Gelombang Rakyat sedang menderum lebih kuat daripada angin kencangnya. Angin kencangnya itu, berbanding Gelombang Rakyat, hanyalah sekuat kentotnya.


Gelombang Rakyat!


Himpunan Hijau 2.0
Himpunan Aman BERSIH 3.0
Kekentalan Mahasiswa di Dataran Merdeka Hapuskan PTPTN
Gerakan Mansuhkan ISA




Dalam pada itu, ada hal-hal kecil tapi besar impaknya, pemimpin bawah seliaannya didakwa curi elektrik, ada pula entot dan intit. Ini juga:

PKR Persoal 'Bayaran RM 1.5j' Menteri Pada Artis Wanita - Malaysiakini.


Maka dengan itu, percaya atau tidak Beliau Masih Terpeleot Nak Umum Tarikh Pilihanraya Umum Ketigabelas.


Lambat lagi.......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca