Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mei 2012

ProRakyat: Ada Khabar PRU13 Diadakan Dalam Masa Terdekat? Dua Sebab Tarikh Dumumkan??





Maklumat Tak Rasmi..... Info dari HQ UMNO, PWTC

... 1. PEMBUBARAN PARLIMEN - ISNIN 14 MEI 2012


... 2. HARI PENAMAAN CALON - SABTU 26 MEI 2012


... 3. HARI MENGUNDI PRU13 - SABTU 9 JUN 2012




Tidak rasmi dan sukar untuk dipercaya. Namun siap sedia 


walaupun bila-bila masa pengumumannya waima 1 Mac 


2013.




Tapi, dari sudut strategi maka ada dua sebab tarikh PRU13 


boleh diumumkan dengan pembubaran Parlimen pada Isnin 


14 Mei 2012.




Pertama:


Daftar Pengundi Tidak Sempat dibersihkan.




Kedua:


Tidak perlu pergi Perancis dalam masa terdekat kerana 


tumpu Pilihanraya Umum Ke-13.

Rabu, 2 Mei 2012

ProRakyat: Presiden Menyeru Pakatan Rakyat Meningkatkan Profesionalisme PDRM Selepas PRU13 Dengan Sokongan Rakyat



Sejak zaman reformasi, dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dilebamkan matanya, sehinggalah PRU12 dan Perhimpunan BERSIH 3.0 dan HIJAU 3.0 pada 28 April lalu, PDRM belum cukup profesional sebagai organisasi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman negara.


Paling buruk dalam sejarah sepanjang itu, imej PDRM paling buruk dan paling teruk kelihatan pada perhimpunan aman 28 April lalu.


Menurut Presiden ProRakyat, "PDRM di bawah kerajaan Barisan Nasional gagal dalam banyak aspek bila perhimpunan aman diadakan Rakyat," katanya.


"Gabungan kawalan keselamatan lebih kelihatan profesional pada gabungan unit amal dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.


Tambahnya lagi, "Dengan sokongan Rakyat, selepas PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mampu meningkatkan profesionalisme PDRM."


"Saya menyeru semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat meletakkan ini sebagai menifesto pilihanraya umum ke-13, dan melaksanakannya setelah Rakyat memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Malaysia baru," tambahnya.


"Peranan ProRakyat sebagai NGO prihatin, ialah membantu semua pihak mempastikan pilihanraya umum adil. Ahli dan Ketua Bahagian berperanan mendapatkan maklumat manipulasi undi di seluruh Selangor, dan menyerahkan maklumbalas ini kepada pihak berkuasa," jelasnya.




ProRakyat: Pilihanraya Umum Ke13 Masih Kotor Jangkaannya Maka BERSIH 4.0 Adalah Jawabnya

Fikir Pagi Rabu.


Adakah anda terfikir bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mahu mengetahui jangkaan kemenangannya dan Barisan Nasional di PRU 13.


Sudah pasti. Soalan seperti, "PRU13 ini kita boleh menang kah?" atau seumpama, adalah ucapannya. Kepada soalan itu, beberapa pemimpin memberikan jawapan. Sudahpun diberikan.


Alangkah terkejutnya Najib.


Ini laporannya.


"Negeri dimenangi Pakatan Rakyat PRU12, tapi PRU13 Barisan Nasional tidak akan dapat rampas semula."


"Negeri dimenangi Barisan Nasional di PRU12, Barisan Nasional akan kalah. Pakatan Rakyat akan bentuk Kerajaan Negeri yang baru selepas PRU 13."


"Barisan Nasional hanya akan menang di Pahang, Johor, dan Melaka sahaja. Tapi itu kalau PRU13 pada Jun. Jika selepas tarikh itu, tiga negeri ini juga akan dimenangi Pakatan Rakyat".


"Kekalahan Barisan Nasional di PRU13 adalah total. YAB bersedialah menjadi Ketua Pembangkang pula. Kerana YAB akan menang di Pekan, Pahang. YAB adalah Perdana Menteri terakhir dari UMNO. Barisan Nasional akan terkubur. Pakatan Rakyat akan menjadi Kerajaan Malaysia baru selama 50 tahun akan datang."


Sekiranya benar, dan laporan disampaikan kepada Najib, adalah begitu. Agak-agak anda, apa yang akan dilakukannya?


Tidak umum tarikh pilihanraya sebenarnya. Isyarat awal, pilihanraya umum pada bulan Jun, batalkan. Set untuk November 2012. Sementara itu:


Hubungi pemimpin SPR yang juga ahli UMNO. Suruh mereka buat macam-macam supaya Barisan Nasional menang besar atau simple majority di PRU13.


Betul?


Sebab itulah BERSIH sampai ke 3.0. Selagi tiada perubahan kepada jaminan SPR bahawa PRU13 bersih, maka itulah BERSIH 4.0 sedang dicanangkan sekarang.

Selasa, 1 Mei 2012

ProRakyat: Keganasan Polis Meningkatkan Kebencian Rakyat

selangorku.com Hafizan Taib melaporkan:

Dr Mariah: Keganasan Polis Meningkatkan Kebencian Rakyat

SHAH ALAM, 1 MEI : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud kesal dengan tindakan ganas polis yang dilaporkan menyerang dan mengkasari peserta BERSIH 3.0 terutama wanita dalam perhimpuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Siti Mariah yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat berkata keganasan pihak polis akan meningkatkan kebencian selain menghapuskan keyakinan rakyat terhadap institusi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara.

Sambungan di sini:
 

ProRakyat: Pemimpin BN Perguna Polis Dan Akhirnya Polis Cemarkan Himpunan Aman BERSIH 3.0

Komentar Mat Zahari Ali selangorku.com

May 1, 2012

Akhirnya… Polis Cemarkan Himpunan BERSIH 3.0

KOMENTAR  Dianggarkan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri ibu negara ketika Himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Angka tersebut merupakan satu sejarah melibatkan kebangkitan rakyat terbesar di negara ini melampaui era reformasi pada penghujung tahun 1990 an lalu..

Walaupun pihak polis memaklumkan 58 pintu masuk ke ibu negara telah ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak awal pagi. Begitu juga dengan pelbagai ugutan dan amaran oleh pihak polis, pemimpin Umno-BN serta media perdana namun tidak menghalang penyertaan rakyat untuk berhimpun secara aman.

Ramai yang datang membawa keluarga dan anak-anak kerana menyedari himpunan tersebut dijanjikan keamanan tanpa sebarang rusuhan dan provokasi.

Sambungan di sini:

 

ProRakyat: Rakyat Tidak Yakin Ahli UMNO Ketuai SPR


SPR - Suruhanjaya Pilihanraya - berfungsi mempastikan piliharaya dan pilihanraya umum di Malaysia adil.

Tetapi bukti demi bukti dikemukakan bahawa SPR sudah tidak adil.

Malah SPR sudah hilang kredibiliti.

Bila terdedah bahawa pemimpin nombor 1 dan 2 SPR adalah ahli UMNO, Rakyat sudah tidak yakin lagi kepada SPR.

 

Ada pandangan mengatakan "Tidak mengapa. Apa salahnya mereka ahli UMNO?"

Pertimbangkan pandangan bahawa mereka tidak menjadi mana-mana parti sekalipun.

Atau bagaimana kalau mereka ahli parti kerajaan menunggu, PAS, PKR dan DAP!

Apapun, kedua-duanya perlu letak jawatan kerana tidak lagi wibawa.

Jelas, Rakyat desak mereka letak jawatan.

Itu cara terhormat.

ProRakyat: Najib Dan SPR Masih Kekalkan Ingin Pilihanraya Umum Kotor Maka Mohamad Sabu Janji 1 Juta Hadir BERSIH 4.0

 


Setelah apa dilakukan SPR dan YAB Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak semacam merestui kekotoran dalam Pilihanraya Umum Ke13 demi hendak Barisan Nasional menang, dan tuntutan BERSIH sampai kepada kali ke3, mereka masih belum mereformasikan, mereka belum lagi menunjukkan tanda memenuhi tuntutan 8 perkara.





 





























Menyedari hal ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berjanji bahawa 1 juta berhimpun dengan aman dalam BERSIH 4.0. 


Ahad, 29 April 2012

ProRakyat: Presiden Dukacita Pemimpin Kerajaan Dan Parti Komponen BN Tidak Peduli Tuntutan Pilihanraya Umum Bersih Di Malaysia



Presiden NGO - ProRakyat - Pertubuhan Kemajuan Dan Kebajikan Rakyat Selangor, Khairul Anuar Othman melahirkan rasa dukacita, Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia, dan Pemimpin parti komponen Barisan Nasional, terutama Peerdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tidak peduli tuntutan Rakyat untuk satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia.


Katanya, "Saya dukacita. Pemimpin kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional, berada begitu jauh daripada nurani Rakyat yang mahukan satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia."


"Ketika Rakyat bangkit di Perhimpunan Aman BERSIH 3.0, mereka menyusun aktiviti di luar Kuala Lumpur, dan secara fizikal jauh dari kehadiran Baju Kuning dan Baju Hijau sekitar Dataran Merdeka," tambahnya.


"Kita tidak mahu pemimpin menerajui parti dan negara yang sentiasa lari dari masalah atau tidak mampu menangani isu ketika berada di tampok kuasa, dan tidak memberi komen bermakna ketika kebenaran dituntut," tegas Khairul Anuar Othman lagi.


 
"Sebagai pemimpin kepada ProRakyat, saya menyeru semua Menteri dalam Kerajaan Persekutuan, yang menerajui parti komponen Barisan Nasional, ambil peduli akan pentingnya satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia,"


"Tuntutan Rakyat 8 Perkara menerusi gabungan NGO BERSIH 3.0 mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum yang bersih diadakan," tegasnya.

Sementara itu di sana sini, Rakyat menyuarakan pandangan mereka mengenai para pemimpin yang dimaksudkan.


 

Khamis, 26 April 2012

ProRakyat: Pengerusi & Timbalan SPR Ahli UMNO - Dakwa YB Saifuddin Nasution

Penghargaan King Jason, facebook:

YB Saifudin Nasution, mendedahkah:
“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. 
Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.
Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik. 
Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno).
Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. 
Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,”
 
Mereka ini Suruhan Pilihanraya Jayanya?

Selasa, 24 April 2012

ProRakyat: DBKL Bantu Peningkatan Penyertaan BERSIH 3.0 HIJAU 3.0 Ke Satu Juta Tekad Hadir

Walaupun bertindak menghalang, namun halangan fizikal dilakukan DBKL telah semarakkan kebangkitan jiwa Rakyat Malaysia dalam dan luar negara untuk berhimpun di Dataran Merdeka.


DBKL Bantu Peningkatan Penyertaan BERSIH 3.0 HIJAU 3.0 Ke Satu Juta Tekad Hadir.


Pada mulanya 500,000 sahaja beri komitmen.

Informasi diterima, 1 Juta orang tekad hadir.

Mereka tahu apa itu wajib.



Mereka sedar perhimpunan ini satu-satu jalan yang ada untuk menuntut pilihanraya yang bersih.



ProRakyat: Sah Manipulasi IC Untuk BN Menang Cara Tipu - API Hantar Memorandum Kepada Agong



Published on 24 Apr 2012 by

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9784-mohon-agong-jangan-perkena...

ProRakyat: IC O IC Di Malaysia Dan PRU 13 Sedang Dikotori?

Untuk mengundi, diperlukan IC. Atau KP. Identity Card, atau Kad Pengenalan.

Ada jabatan khusus mengeluarkan IC ini, kepada setiap individu warga Malaysia.

Tetapi, terkini IC dikeluarkan secara berlebihan kepada warga asing.

Untuk kenapa?

Perhatikan.


Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, ada bukti! 

 





Maka pada tahun 1996 lahirlah nenek ini diberi nama pihak pengeluar IC secara rasmi sebagai Puan Binti Ahmad.


Kita akan bertanya, kalau Tuan, pihak itu beri nama apa pula?

Anda sudah sedar? Maka:

Join Perhimpunan BERSIH 3.0 Kuning

dan

Perhimpunan HIJAU 3.0 Hijau. 

ProRakyat: Gelombang Rakyat Gelombang Kuning Hijau 4 Hari Lagi


Tiada siapapun tahu apa yang akan terjadi di Dataran Merdeka tepat jam 2 petang, Sabtu, 28 April 2012.

Kuning. ProRakyat dijangka bergerak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.

Hijau. Himpunan Hijau 3.0 akan berkumpul seawal 12 Tengahari dan bergerak dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Di papan putih PDRM, DBKL, pelbagai media, ada tempat lain turut ditempatkan pegawai, penguatkuasa, dan wartawan serta jurukamera.

84 NGO telah buat ketetapan untuk duduk bantah di Dataran Merdeka, walaupun ada pihak telah respons kepada surat minta kebenaran dengan penolakan.

4 Hari lagi.


Isnin, 23 April 2012

ProRakyat: Pengundi Oh Pengundi - Apa Sudah Jadi SPR?

Dari KeadilanDaily.com

Laporan:

Bukan 19,000 tapi 31,000 pengundi dipindahkan SPR- Fuziah

(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa  KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

Khamis, 19 April 2012

ProRakyat: Najib Masih Terpeleot Nak Umum Tarikh Pilihanraya Umum Ketigabelas

Kemenangan PRU 13 dan BN Kekal Berkuasa lantaran YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri, penting untuk imejnya.

Ya, penting untuk imejnya.

Beliau tidak pernah berkedudukan tertinggi seperti sekarang setelah menang pilihanraya umum.

PRU 13, pertama baginya.

Demi imejnya, beliau mahu menang. Tetapi menang dengan cara bagaimana? Bersih. Atau, Kotor?

Pernahkah beliau tegas menjamin pilihanraya bersih di Malaysia? Jika ya, nyatakan kenyataannya itu!


Beliau berkuasa mengumumkan tarikh pilihanraya. Tarikh yang menjadi teka-teki. Walaupun di kebanyakan negara Komenwel tidak begitu. Di lain negara, semua sudah tahu bila tarikh pilihanraya umum. Di Malaysia, pilihanraya umum hanya berlaku bila beliau umumkan tarikhnya.

Tidak diketahui adakah beliau perlu merujuk isterinya terlebih dahulu sebelum mengumumkan tarikh pilihanraya umum negara.

Tetapi, ramai tahu beliau akan mendapat isyarat daripada mantan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Isyarat itu telahpun diperolehi, ibarat nasihat terbuka.

Hujjah Sokongan:

Dr M panik, beritahu Najib utk adakan PRU-13 “sekarang” sebelum semua peluang musnah - Malaysia Chronicle

Terkenal sebagai pemimpin "play-safe". beliau juga mahukan pendapat dari parti lawan atau permaufakatan penentang utama Barisan Nasional turut memberi isyarat.

Isyarat itu telahpun disuarakan.

Hujjah Sokongan:
Negeri PR Mungkin Tidak Sertai PRU -13 Jika Isu Daftar Pemilih Masih Gagal - selangorku.com


Jadi, apa lagi yang beliau tunggu? Umumkanlah tarikh pilihanraya itu.

Kepada beliau, katalah siapa pun nak berkata, pilihanraya lambat lagi.

Kenapa?

Isyarat bagus pilihanraya diadakan pertengahan tahun 2012, bukanlah isyarat terbagus padanya.

Laporan ehem-ehem semua siap pilihanraya umum sudah boleh diadakan. Pasti menang.


Hujjah sokongan:
0.3 % daripada keseluruhan Pengundi Meragukan, cukup untuk rampas Selangor. Malaysiakini.

Tetapi, laporan dari satu lagi kem menunjukkan Barisan Nasional boleh menang hanya Pahang, Johor, dan Melaka sahaja. Menyeramkannya.

Lebih menyeramkan terkini, Johor pun tak selamat baginya:

gambar Buletin Setia Politik Kini. JOHOR BAKAL BERTUKAR KERAJAAN! Dengan izin Allah. Isyarat semakin jelas. jom citer citer di facebook, By: Bus Man

Beliau didakwa seronok ke luar negara. Tapi, keluar negara khususnya Peranchis tidak menyeronokkan. Adakah dalam keadaan ini belum selesai, tarikh pilihanraya hendak diumumkan segera?


Hujjah Sokongan:
French Scorpene inquiry kicks off tomorrow - Malaysiakini.


Sehubungan itu, ada yang mengetahui peguam telah ditugaskan untuk misi khas ini, tetapi belum nyata keberhasilannya.

Hujjah Sokongan:
PM Patut Jelaskan Misi Sulit Shafee Di Luar Negara - Malaysiakini.


Tidak diketahui kategori apa ada yang membodek untuk menyedapkan hatinya dengan memasang bendera di stesen keretapi Selangor.

Hujjah Sokongan:
Bendera BN Mula Dinaikkan Di Komuter S'gor - Malaysiakini.

Tetapi, tak perlu hujjah pun diketahui bodekan seperti itu pada masa sekarang bukan penyedap hatinya, sesedap apa telah dirasainya dahulu. Antara titik ke titik.

Terutamanya, abah akan sambung titik titik itu menjadi garisan keadilan. "Submarine And Murder. I can connect the dots." - Free Malaysia Today (FMT).

Filempun siap!


Ketika ada desakan supaya tarikh diumumkan, kerana semua bagus, beliaupun merasa bagaikan angin kencang sedang meniup ditiupkan untuknya, siapa halang akan dirempuh musnah. Dia tetap menang.


Tetapi, alangkah tidak kenanya, kerana Gelombang Rakyat sedang menderum lebih kuat daripada angin kencangnya. Angin kencangnya itu, berbanding Gelombang Rakyat, hanyalah sekuat kentotnya.


Gelombang Rakyat!


Himpunan Hijau 2.0
Himpunan Aman BERSIH 3.0
Kekentalan Mahasiswa di Dataran Merdeka Hapuskan PTPTN
Gerakan Mansuhkan ISA




Dalam pada itu, ada hal-hal kecil tapi besar impaknya, pemimpin bawah seliaannya didakwa curi elektrik, ada pula entot dan intit. Ini juga:

PKR Persoal 'Bayaran RM 1.5j' Menteri Pada Artis Wanita - Malaysiakini.


Maka dengan itu, percaya atau tidak Beliau Masih Terpeleot Nak Umum Tarikh Pilihanraya Umum Ketigabelas.


Lambat lagi.......





ProRakyat: Pilihanraya Malaysia Lebih Parah Berbanding Myanmar - Dato' Seri Anwar Ibrahim



YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata:
Myanmar sendiri sudah berubah dengan pembersihan daftar pengundi serta pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dibenarkan berucap di dalam media.

Dalam kategori ini maknanya Malaysia lebih parah daripada Myanmar.
Tambah beliau.

Pakatan Rakyat tidak berpuashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang masih gagal membersihkan senarai daftar pengundi di seluruh negara yang diragui kesahihannya.

Kata beliau lagi,

Kita amat kesal bahawa janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi belum dilakukan dan nampaknya ada usaha untuk meneruskan cara kaedah penipuan yang amat dikesalkan. 
Tambah beliau,

Pakatan mahu menunggu daftar pemilih itu benar-benar bersih di mana SPR mengadakan perbincangan dengan Pakatan dan Barisan Nasional.

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca