Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan
Sabtu, 5 Mei 2012
ProRakyat: Ada Khabar PRU13 Diadakan Dalam Masa Terdekat? Dua Sebab Tarikh Dumumkan??
Maklumat Tak Rasmi..... Info dari HQ UMNO, PWTC
... 1. PEMBUBARAN PARLIMEN - ISNIN 14 MEI 2012
... 2. HARI PENAMAAN CALON - SABTU 26 MEI 2012
... 3. HARI MENGUNDI PRU13 - SABTU 9 JUN 2012
Tidak rasmi dan sukar untuk dipercaya. Namun siap sedia
walaupun bila-bila masa pengumumannya waima 1 Mac
2013.
Tapi, dari sudut strategi maka ada dua sebab tarikh PRU13
boleh diumumkan dengan pembubaran Parlimen pada Isnin
14 Mei 2012.
Pertama:
Daftar Pengundi Tidak Sempat dibersihkan.
Kedua:
Tidak perlu pergi Perancis dalam masa terdekat kerana
tumpu Pilihanraya Umum Ke-13.
Jumaat, 4 Mei 2012
ProRakyat: Penambahbaikan Pilihanraya Umum Di Malaysia - K Shan
K SHAN pemangku pengerusi Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) yang memantau sistem pilihan raya di Malaysia dan negara sekitar Asia. 15 Syor Di Sini:
ProRakyat: Najib Dan Hishammuddin Belum Bertanggungjawab Peserta BERSIH 3.0 Cedera - SPR Belum Janji Pilihanraya Bersih
http://pkrl.blogspot.com/2012/05/jutaan-ke-jalan-raya-ini-janji.html
Pada Rakyat, mereka tidak boleh diharapkan lagi.
Pada Rakyat, mereka tidak boleh diharapkan lagi.
Khamis, 3 Mei 2012
Rabu, 2 Mei 2012
ProRakyat: Presiden Menyeru Pakatan Rakyat Meningkatkan Profesionalisme PDRM Selepas PRU13 Dengan Sokongan Rakyat
Sejak zaman reformasi, dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dilebamkan matanya, sehinggalah PRU12 dan Perhimpunan BERSIH 3.0 dan HIJAU 3.0 pada 28 April lalu, PDRM belum cukup profesional sebagai organisasi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman negara.
Paling buruk dalam sejarah sepanjang itu, imej PDRM paling buruk dan paling teruk kelihatan pada perhimpunan aman 28 April lalu.
Menurut Presiden ProRakyat, "PDRM di bawah kerajaan Barisan Nasional gagal dalam banyak aspek bila perhimpunan aman diadakan Rakyat," katanya.
"Gabungan kawalan keselamatan lebih kelihatan profesional pada gabungan unit amal dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.
Tambahnya lagi, "Dengan sokongan Rakyat, selepas PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mampu meningkatkan profesionalisme PDRM."
"Saya menyeru semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat meletakkan ini sebagai menifesto pilihanraya umum ke-13, dan melaksanakannya setelah Rakyat memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Malaysia baru," tambahnya.
"Peranan ProRakyat sebagai NGO prihatin, ialah membantu semua pihak mempastikan pilihanraya umum adil. Ahli dan Ketua Bahagian berperanan mendapatkan maklumat manipulasi undi di seluruh Selangor, dan menyerahkan maklumbalas ini kepada pihak berkuasa," jelasnya.
ProRakyat: Pilihanraya Umum Ke13 Masih Kotor Jangkaannya Maka BERSIH 4.0 Adalah Jawabnya
Fikir Pagi Rabu.
Adakah anda terfikir bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mahu mengetahui jangkaan kemenangannya dan Barisan Nasional di PRU 13.
Sudah pasti. Soalan seperti, "PRU13 ini kita boleh menang kah?" atau seumpama, adalah ucapannya. Kepada soalan itu, beberapa pemimpin memberikan jawapan. Sudahpun diberikan.
Alangkah terkejutnya Najib.
Ini laporannya.
"Negeri dimenangi Pakatan Rakyat PRU12, tapi PRU13 Barisan Nasional tidak akan dapat rampas semula."
"Negeri dimenangi Barisan Nasional di PRU12, Barisan Nasional akan kalah. Pakatan Rakyat akan bentuk Kerajaan Negeri yang baru selepas PRU 13."
"Barisan Nasional hanya akan menang di Pahang, Johor, dan Melaka sahaja. Tapi itu kalau PRU13 pada Jun. Jika selepas tarikh itu, tiga negeri ini juga akan dimenangi Pakatan Rakyat".
"Kekalahan Barisan Nasional di PRU13 adalah total. YAB bersedialah menjadi Ketua Pembangkang pula. Kerana YAB akan menang di Pekan, Pahang. YAB adalah Perdana Menteri terakhir dari UMNO. Barisan Nasional akan terkubur. Pakatan Rakyat akan menjadi Kerajaan Malaysia baru selama 50 tahun akan datang."
Sekiranya benar, dan laporan disampaikan kepada Najib, adalah begitu. Agak-agak anda, apa yang akan dilakukannya?
Tidak umum tarikh pilihanraya sebenarnya. Isyarat awal, pilihanraya umum pada bulan Jun, batalkan. Set untuk November 2012. Sementara itu:
Hubungi pemimpin SPR yang juga ahli UMNO. Suruh mereka buat macam-macam supaya Barisan Nasional menang besar atau simple majority di PRU13.
Betul?
Sebab itulah BERSIH sampai ke 3.0. Selagi tiada perubahan kepada jaminan SPR bahawa PRU13 bersih, maka itulah BERSIH 4.0 sedang dicanangkan sekarang.

Selasa, 1 Mei 2012
ProRakyat: Keganasan Polis Meningkatkan Kebencian Rakyat
selangorku.com Hafizan Taib melaporkan:
Dr Siti Mariah yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat berkata keganasan pihak polis akan meningkatkan kebencian selain menghapuskan keyakinan rakyat terhadap institusi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara.
Sambungan di sini:
Dr Mariah: Keganasan Polis Meningkatkan Kebencian Rakyat
SHAH ALAM, 1 MEI : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud kesal dengan tindakan ganas polis yang dilaporkan menyerang dan mengkasari peserta BERSIH 3.0 terutama wanita dalam perhimpuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.Dr Siti Mariah yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat berkata keganasan pihak polis akan meningkatkan kebencian selain menghapuskan keyakinan rakyat terhadap institusi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan negara.
Sambungan di sini:
ProRakyat: Pemimpin BN Perguna Polis Dan Akhirnya Polis Cemarkan Himpunan Aman BERSIH 3.0
Komentar Mat Zahari Ali selangorku.com
– May 1, 2012
Akhirnya… Polis Cemarkan Himpunan BERSIH 3.0
KOMENTAR Dianggarkan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri ibu negara ketika Himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Angka tersebut merupakan satu sejarah melibatkan kebangkitan rakyat terbesar di negara ini melampaui era reformasi pada penghujung tahun 1990 an lalu..
Walaupun pihak polis memaklumkan 58 pintu masuk ke ibu negara telah ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak awal pagi. Begitu juga dengan pelbagai ugutan dan amaran oleh pihak polis, pemimpin Umno-BN serta media perdana namun tidak menghalang penyertaan rakyat untuk berhimpun secara aman.
Ramai yang datang membawa keluarga dan anak-anak kerana menyedari himpunan tersebut dijanjikan keamanan tanpa sebarang rusuhan dan provokasi.
Sambungan di sini:
ProRakyat: Rakyat Tidak Yakin Ahli UMNO Ketuai SPR
SPR - Suruhanjaya Pilihanraya - berfungsi mempastikan piliharaya dan pilihanraya umum di Malaysia adil.
Tetapi bukti demi bukti dikemukakan bahawa SPR sudah tidak adil.
Malah SPR sudah hilang kredibiliti.
Bila terdedah bahawa pemimpin nombor 1 dan 2 SPR adalah ahli UMNO, Rakyat sudah tidak yakin lagi kepada SPR.
Ada pandangan mengatakan "Tidak mengapa. Apa salahnya mereka ahli UMNO?"
Pertimbangkan pandangan bahawa mereka tidak menjadi mana-mana parti sekalipun.
Atau bagaimana kalau mereka ahli parti kerajaan menunggu, PAS, PKR dan DAP!
Apapun, kedua-duanya perlu letak jawatan kerana tidak lagi wibawa.
Jelas, Rakyat desak mereka letak jawatan.
Itu cara terhormat.
Khamis, 19 April 2012
ProRakyat: Pilihanraya Malaysia Lebih Parah Berbanding Myanmar - Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata:
Myanmar sendiri sudah berubah dengan pembersihan daftar pengundi serta pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dibenarkan berucap di dalam media.Dalam kategori ini maknanya Malaysia lebih parah daripada Myanmar.
Tambah beliau.
Pakatan Rakyat tidak berpuashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang masih gagal membersihkan senarai daftar pengundi di seluruh negara yang diragui kesahihannya.
Kata beliau lagi,
Kita amat kesal bahawa janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi belum dilakukan dan nampaknya ada usaha untuk meneruskan cara kaedah penipuan yang amat dikesalkan.
Tambah beliau,
Pakatan mahu menunggu daftar pemilih itu benar-benar bersih di mana SPR mengadakan perbincangan dengan Pakatan dan Barisan Nasional.
Langgan:
Catatan (Atom)
Jumlah Paparan Halaman
Paling Dibaca
-
Lapor Ibni Battutah di laman facebooknya: PENDEDAHAN PROVOKASI ARAHAN UMNO KEPADA POLIS TRAFIK!! Ini satu lagi Penipuan d ... an p...
-
Dato' Seri Shahrizat Jalil Salahguna Dana Rakyat Biayai Program Wanita UMNO Melalui Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga (MPW...