Rabu, 2 Mei 2012

ProRakyat: Presiden Menyeru Pakatan Rakyat Meningkatkan Profesionalisme PDRM Selepas PRU13 Dengan Sokongan Rakyat



Sejak zaman reformasi, dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dilebamkan matanya, sehinggalah PRU12 dan Perhimpunan BERSIH 3.0 dan HIJAU 3.0 pada 28 April lalu, PDRM belum cukup profesional sebagai organisasi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman negara.


Paling buruk dalam sejarah sepanjang itu, imej PDRM paling buruk dan paling teruk kelihatan pada perhimpunan aman 28 April lalu.


Menurut Presiden ProRakyat, "PDRM di bawah kerajaan Barisan Nasional gagal dalam banyak aspek bila perhimpunan aman diadakan Rakyat," katanya.


"Gabungan kawalan keselamatan lebih kelihatan profesional pada gabungan unit amal dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.


Tambahnya lagi, "Dengan sokongan Rakyat, selepas PRU13 nanti, Pakatan Rakyat mampu meningkatkan profesionalisme PDRM."


"Saya menyeru semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat meletakkan ini sebagai menifesto pilihanraya umum ke-13, dan melaksanakannya setelah Rakyat memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Malaysia baru," tambahnya.


"Peranan ProRakyat sebagai NGO prihatin, ialah membantu semua pihak mempastikan pilihanraya umum adil. Ahli dan Ketua Bahagian berperanan mendapatkan maklumat manipulasi undi di seluruh Selangor, dan menyerahkan maklumbalas ini kepada pihak berkuasa," jelasnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca