Ahad, 29 April 2012

ProRakyat: Bila Mobilisasi Peserta Tidak Konfrantasi Sekatan Polis Di Masjid Negara Mereka Mula Plan B Cetus Ganas?


Jarak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka terdekat. Para Pemimpin dan Peserta berkumpul di Masjid Negara, disekat dengan kawalan semua laluan dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.

Bila kawalan sekatan ini dirempuh, konfrantasi bermula di Masjid Negara.

Tetapi ini tidak berlaku.

Sekatan dan kawalan Polis di laluan Masjid Negara ke Dataran Merdeka menjadi sia-sia.

Rakaman menunjukkan anggota Polis terpinga-pinga.

Aman, hasil perbincangan Presiden ProRakyat Khairul Anuar Othman dan direstui YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, beserta ramai Pemimpin dan Peserta lain, menuju Dataran Merdeka mengikuti jalan ke Puduraya.

Helikopter berterbangan dan peninjau memberi gambaran dari atas, Peserta sepanjang Masjid Negara ke Puduraya bagaikan bertali arus.

Bertembung pula dengan Peserta dari Pudu, dan bersambung Peserta dari Ampang di Masjid Jamek.

Alangkah amannya.

Kemudian, keamanan yang sentiasa dijaga itu, Polis tembak gas pemedih mata pertama sebagai isyarat Polis mahu bertindak keras dan ganas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca