Takut kerana Salah.
1Malaysia sudah tahu, ketika Shaaribbu Setev datang untuk bertemu YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, dia elak.
Ketika ditanya mengenai sapina mahkamah Perancis, dia no komen.
Ketika Rakyat mendesak dia hadir di mahkamah Perancis untuk membersihkan namanya sebagai pemimpin tertinggi negara, dia dilihat lari dari kebenaran dan keadilan.
selangorku.com melaporkan:
Scorpene: Keengganan Najib Bukti Beliau Bersalah
– MAY 4, 2012
SHAH ALAM 4 MEI : Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene akan memberikan impak yang besar terhadap kredibiliti pemimpin tertinggi negara tersebut di mata dunia.
Selain itu tindakan tersebut juga akan memberikan gambaran yang menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan menyalah guna kuasa.
MP Shah Alam, Khalid Samad berkata keengganan itu juga akan membuktikan Najib sebenarnya terlibat dalam skandal terbabit seperti yang didakwa sebelum ini.baca lagi di sini:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan