Berita ini semakin diketahui.
Peserta BERSIH ganas akan ditangkap
malaysiakini.com melaporkannya.
Menambah pula:
Ramai tahu Peserta BERSIH datang dengan aman. Ada gambar anggota Polis cedera. Tetapi tiada gambar si pemukul.
Kalau yang kena itu pemimpin lebam matanya, mungkin pemimpin zaman dahulu kala akan mengata, "dia apa nama, dia apa nama, dia tumbuk mata dia sendiri."
Tapi tidak ramai yang dapat menahan ketawa dengan pengataan begitu.
Ya, sememangnya ada anggota Polis cedera. Mungkin gambar si pemukul mencederakan ada dalam simpanan pihak tertentu, tetapi setakat ini tiada disiarkan kepada umum.
Tunggu sahaja lah.
Dalam berita itu, disebut di atas, tiada pula dinyatakan penangkapan, jika adalah, anggota Polis yang bertindak ganas, akan ditangkap, atau hukuman sama adil.
Adakah ertinya, anggota Polis berlaku ganas sewaktu perhimpunan aman itu, tiada akan dihukum?
Siapa dapat tunjuk foto atau klip video, jika ada, sekeping pun atau seklip sahaja pun, salahlaku anggota Polis di perhimpunan itu?
Jika ada, maka tidak diketahui pihak Polis?
Ini rumit sedikit. Ada foto, disebar luas, mereka ini berpakaian sama serupa semacam peserta BERSIH 3.0. Tetapi, rakan sejalanan untuk Duduk Bantah tidak kenal mereka itu ketika ditunjukkan foto mereka yang tersebut.
Tetapi, ada yang tengok foto mereka itu, kemudian menulis pula di facebook, ini kenalan aku, dia Polis.
Dalam ertikata lain, mereka Polis menyamar Peserta BERSIH 3.0.
Betul?
Jika betul begitu, adakah mereka yang dimaksudkan untuk ditangkap Polis?
Kalangan pemimpin BERSIH 3.0, sebahagian Penganjur bukan pula minta jangan buat begitu mempertahankan, malah terlebih awal meminta supaya tangkapan dibuat. Satu cabaran.
Ramai merasakan bahawa ramai ditangkap nanti adalah Polis menyamar peserta BERSIH 3.0.
Apapun, tunggu dan saksikan sendiri. Kerana, sebagaimana dilaporkan beritanya:
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu."
Itukah dia. Jelasnya!!
Tetapi, di laman facebooknya:
andi.silahhuddin
Selagi keadilan tidak ditegakkan selagi tu mereka tiada kredibiliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan