Apa sebenarnya yang dilarang Mahkamah terhadap peserta BERSIH 3.0.
"Dilarang duduk di Dataran Merdeka."
Itu sahaja.
Adakah orang ramai dilarang datang ke Kuala Lumpur?
Tidak.
Polis telah bertindak di luar batasan, 58 batang jalan diadakan sekatan, kerana menuju ke Kuala Lumpur.
Kalau peserta makan kuaci dekat Masjid Jamek?
Tentulah tidak!
Lagi?
Di laman facebooknya Bus Man menulis:
KHAMIS, 3 MEI 2012
Panass Beb..Peguam Nii Kata "Langgar" Takpa..??
Dari nukilan NUKILAN OLEH JURAGAN
Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.
... Syahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.
"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.
"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.
49 Dicari untuk bantu pihak Polis, tolak mereka yang tidak salah langgar pengadang, tinggal berapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan