Di Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 Polis memang gagal.
Pada mulanya BERSIH 3.0 dianggap tidak mendapat sambutan maka Polis pun tak kisah sangat.
Semacam mendapat isyarat ramai nyata ingin serta, dan angka 500,000 disebut, Polis bakal masuk gelanggang. Dataran Merdeka mesti dipertahan daripada sejumlah itu Rakyat ingin serta Duduk dan Bantah.
Soalannya, adakah di BERSIH 3.0 Polis melakukan rancangan maka terancang, ataukah tiada perancangan, malah secara spontan carca-marba sahaja.
Sekiranya kanak-kanak sekolah ditanya, seperti ramai orang dewasa akan jawab Polis Terancang.
Betul?
Ada helikopter.
Ada unit paraglider
Ada unit pemancut air kimia atau air sungai berdekatan campur kimia
Ada unit penembak gas pemedih mata
Ada polis trafik
Ada polis berpakaian seragam biru
Agak-agaknya ada tidak SB berpakaian biasa?
Ada polis tidak berpakaian seragam tapi menyamar pakai baju peserta
Ada pemandu kereta di depan sogo seperti terdahulu pun ada begitu
Ada apa lagi dalam Rancangan Polis itu?
Melibatkan Perdana Menteri? Atau Menteri Dalam Negeri? Atau Ketua Polis Negara? Atau apakah jawatan tertinggi dalam pertemuan merancang itu?
Satu penemuan ialah sepasukan Polis berpakaian seragam tetapi tiada nama atau nombor pengenalan. Penemuan Amk Selayang dipetik di laman facebooknya.
Banyak yang sedang dibongkar membuktikan BERSIH 3.0 Polis gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan