Khamis, 3 Mei 2012

ProRakyat: Rakyat Hairan Apa Yang Hishammuddin Teropong Pada Hari Itu?

Bersih 3.0: Kabinet setuju tubuh panel bebas





1Malaysia sudah tahu YB Datuk Hishamuddin Tun Hussein meneropong sekitar Dataran Merdeka pada hari itu.


 Bila baca berita ini, sinarharian.com.my menjadi hairanlah Rakyat jelata.
"Kabinet bersetuju untuk menubuhkan panel bebas bagi menyiasat semua insiden keganasan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu, yang diadakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bebas."


Kalau menubuhkan panel bebas ini dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam Kerajaan, Rakyat tidak yakin ianya bebas.




“Kita dah bincang dalam Kabinet dan tiada bantahan langsung dalam penubuhan panel bebas bagi mengesahkan apa saja hasil siasatan polis, termasuk terhadap anggota mereka sendiri"


Kalau mengesahkan apa saja hasil siasatan Polis, buat apa panel ini ditubuhkan?




Sabtu lalu, penyokong demonstrasi Duduk Bantah, Bersih 3.0 cuba memasuki pekarangan Dataran Merdeka walaupun injunksi mahkamah dikeluarkan melarang mana-mana individu berada di kawasan itu bermula 27 April hingga 1 Mei.


Tidak benar. Selepas mengetahui injunksi mahkamah, peserta hanya mahu berada sehampir Dataran Merdeka. Paling dekat. Bukan memasuki Dataran Merdeka.







"Dalam perhimpunan berkenaan, 11 anggota polis dilaporkan tercedera dan empat kenderaan polis mengalami kerosakan."


Ada gambar anggota Polis tercedera. Tapi tiada gambar si pencedera.






Ada gambar kenderaan Polis rosak. Tapi ada tanda menunjukkan kenderaan yang dirosakkan kemudian dipamerkan dengan motif tertentu. 
Dalam kenyataan itu juga, Jemaah Menteri merakamkan sokongan padu kepada Kementerian Dalam Negeri, polis dan pihak berkuasa lain dalam menjalankan tanggungjawab serta memikul amanah menjaga ketenteraman awam dan menangani ancaman dalaman dan luaran.
 Pandangan ramai, sama ada di dalam atau di luar negara, adalah berbeza.





"Kerajaan kesal dengan tindakan segelintir peserta perhimpunan yang merusuh dan mengganas sehingga mencederakan anggota polis serta merosakkan harta awam.
 Semasa teropong itu, semua ini nampak? Selepas teropong dapat tengok ini?














"Rusuhan Sabtu lalu merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah tanah air"
 Kalau begitu maka bertanggungjawablah.


Arahan siapa, anggota Polis bangga membilang jumlah Peserta BERSIH 3.0 mereka balun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca