Jumaat, 4 Mei 2012

ProRakyat: Apakah Kesudahannya Bapa Altantuya Tuntut Keadilan Kematian Anaknya Dibunuh?

Dari Wikipedia




Altantuya Shaariibuu, seorang rakyat Mongolia, mangsa pembunuhan sama ada dibunuh dengan menggunakan bahan letupan C4, atau dibunuh dahulu dan mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4. 2006.


Altantuya dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja.


Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar, terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.


Dari sinilah nama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dikait-kaitkan. Beliau selaku Menteri Pertahanan ketika itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan terkini Perdana Menteri Malaysia.


Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan.


Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. 


Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin, dan Perancis.


Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.


bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca