Ahad, 29 April 2012

ProRakyat: Presiden Dukacita Pemimpin Kerajaan Dan Parti Komponen BN Tidak Peduli Tuntutan Pilihanraya Umum Bersih Di Malaysia



Presiden NGO - ProRakyat - Pertubuhan Kemajuan Dan Kebajikan Rakyat Selangor, Khairul Anuar Othman melahirkan rasa dukacita, Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia, dan Pemimpin parti komponen Barisan Nasional, terutama Peerdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tidak peduli tuntutan Rakyat untuk satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia.


Katanya, "Saya dukacita. Pemimpin kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional, berada begitu jauh daripada nurani Rakyat yang mahukan satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia."


"Ketika Rakyat bangkit di Perhimpunan Aman BERSIH 3.0, mereka menyusun aktiviti di luar Kuala Lumpur, dan secara fizikal jauh dari kehadiran Baju Kuning dan Baju Hijau sekitar Dataran Merdeka," tambahnya.


"Kita tidak mahu pemimpin menerajui parti dan negara yang sentiasa lari dari masalah atau tidak mampu menangani isu ketika berada di tampok kuasa, dan tidak memberi komen bermakna ketika kebenaran dituntut," tegas Khairul Anuar Othman lagi.


 
"Sebagai pemimpin kepada ProRakyat, saya menyeru semua Menteri dalam Kerajaan Persekutuan, yang menerajui parti komponen Barisan Nasional, ambil peduli akan pentingnya satu pilihanraya umum yang bersih di Malaysia,"


"Tuntutan Rakyat 8 Perkara menerusi gabungan NGO BERSIH 3.0 mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum yang bersih diadakan," tegasnya.

Sementara itu di sana sini, Rakyat menyuarakan pandangan mereka mengenai para pemimpin yang dimaksudkan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca