"Walaupun dari mula, tiada kenyataan menghalang, dan tiada unsur campur tangan, dan perhimpunan BERSIH 3.0 dijangka berlangsung dengan aman, tetapi menjelang 28 April 2012, mereka bertukar untuk menghalang supaya perhimpunan ini gagal."
"Perhimpunan ini dari mula hingga akhir adalah perhimpunan yang aman," kata Khairul Anuar Othman.
Tambahnya, "Rakyat berbilang bangsa dari serata negara datang hanya untuk duduk dan bantah."
"Acara ini sekejap sahaja, dari 2 Petang hingga 5 Petang," jelasnya.
"Tetapi," kata Khairul Anuar Othman lagi, "kedua-dua pihak DBKL dan PDRM bagaikan mendapat arahan baru yang berbeza dari asalnya."
"Pada saya, ini adalah kerana apa yang telah dilakukan kepada Mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, mendapat simpati dan sokongan Rakyat." jelasnya.
"Semakin ramai memberi komitmen untuk hadir," katanya lagi.
"Setelah mendapat maklumbalas itu, perhimpunan ini mahu digagalkan mereka sebelum pun perhimpunan aman ini berlangsung," tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan