Sabtu, 5 Mei 2012

ProRakyat: Siapa Menteri Pembangunan Wanita Malaysia Sekarang? Sila Jawab Dakwaan Ketua Wanita Keadilan Hajjah Zuraida Kamaruddin







Dato' Seri Shahrizat Jalil Salahguna Dana Rakyat Biayai Program Wanita UMNO Melalui Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga (MPWK)

Dato’ Seri Shahrizat Jalil bertanggungjawab menubuhkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) sebaik sahaja beliau mula-mula dilantik menjadi menteri penuh. Pengumuman mengenai penubuhan majlis ini dibuat pada 29 Jun 2001.

Berita Penuh Di Blog


Desakan seperti berikut:

Oleh itu, Wanita KEADILAN mendesak:
1. 1) Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK ini dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK;
2. 2) Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan siasatan dalaman di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan serta merta bagi mengenalpasti sejauh mana penyelewengan telah berlaku sejak 2001;
3. 3) Dato’ Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan
4. 4) SPRM menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.
Wanita KEADILAn akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan SPRM.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
2 MEI 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca