Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

ProRakyat: Wahai Orang Kampung Mari Tonton Antara Dua Darjat BERSIH 3.0

Ada tiga pemimpin paling tidak mempertahankan bahawa Polis Mesra Di BERSIH 3.0. Lagi, Peserta Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 ganas dan senarai 49 orang dikehendaki Polis.


Ada juga media yang tidak mengamalkan inti sambutan Kebebasan Kewartawanan Sedunia 2012, telah mengedit laporan berita media antarabangsa, dan menyiarkan sudut rakaman bahawa kononnya Peserta BERSIH 3.0 ganas.


Demi Keadilan, Orang Kampung, Orang Desa, dan mereka yang tidak dapat hadir di Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 diberi peluang tonton rakaman klip video keganasan Polis di Perhimpunan Aman BERSIH 3.0.


http://www.msomelayu.blogspot.com/



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu.

Ahad, 29 April 2012

ProRakyat: Bila Mobilisasi Peserta Tidak Konfrantasi Sekatan Polis Di Masjid Negara Mereka Mula Plan B Cetus Ganas?


Jarak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka terdekat. Para Pemimpin dan Peserta berkumpul di Masjid Negara, disekat dengan kawalan semua laluan dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka.

Bila kawalan sekatan ini dirempuh, konfrantasi bermula di Masjid Negara.

Tetapi ini tidak berlaku.

Sekatan dan kawalan Polis di laluan Masjid Negara ke Dataran Merdeka menjadi sia-sia.

Rakaman menunjukkan anggota Polis terpinga-pinga.

Aman, hasil perbincangan Presiden ProRakyat Khairul Anuar Othman dan direstui YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, beserta ramai Pemimpin dan Peserta lain, menuju Dataran Merdeka mengikuti jalan ke Puduraya.

Helikopter berterbangan dan peninjau memberi gambaran dari atas, Peserta sepanjang Masjid Negara ke Puduraya bagaikan bertali arus.

Bertembung pula dengan Peserta dari Pudu, dan bersambung Peserta dari Ampang di Masjid Jamek.

Alangkah amannya.

Kemudian, keamanan yang sentiasa dijaga itu, Polis tembak gas pemedih mata pertama sebagai isyarat Polis mahu bertindak keras dan ganas.

ProRakyat: Presiden Dan Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat Mohon Aman Dari-Nya


YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, hadir menetapkan BERSIH 3.0 satu perhimpunan yang aman.

  


 


Sabtu, 28 April 2012

ProRakyat: Azan Berkumandang Presiden Dan Pemimpin Tunaikan Solat.

Lapek mengganti sejadah sungguh istimewa.


Setiausaha Agong ProRakyat dipetik di laman facebooknya sebagai melaporkan:



Presiden PRORAKYAT, Sdr Khairul Anuar Othman, bersolat bersama YB Dato Seri Anwar Ibrahim, para pimpinan Pakatan Rakyat dan sebahagian pendukung Himpunan BERSIH 3.0 di perkarangan Masjid Negara sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu zuhur. 
Ruang solat Masjid Negara sesak dengan peserta himpunan dan ianya tidak menjadi penghalang kepada YB Dato' Seri untuk solat bersama rakyat biasa di luar masjid

Jumaat, 27 April 2012

ProRakyat: Perhimpunan BERSIH 3.0 - YB Dato Seri Anwar Ibrahim Tegas Tapi YAB Dato' Seri Najib Tun Razak Masih Senyap Semput

Perhimpunan BERSIH 3.0 - YB Dato Seri Anwar Ibrahim Tegas Menyatakan Pendirian, Tapi YAB Dato' Seri Najib Tun Razak Masih Senyap Semput perihal perhimpunan ini.

Lapor Koh Jun Lin di Malaysiakini.com

Anwar: Tiada kompromi untuk hadir BERSIH

Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia
hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang
bebas dan adil di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersambung di Malaysiakini.com



Di Blognya, http://anwaribrahimblog.com/, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim memetik laporan Malaysiakini.com

(Foto Penghargaan Kepada MalaysiaKini.com)
Delegasi Antarabangsa Bimbang 3 Isu pilihanraya Malaysia
Delegasi antarabangsa untuk misi siasatan pilihan raya di Malaysi
hari ini mendapati terdapat tiga isu utama kekurangan dalam sistem
          pengundian negara ini.

Bersambung di Malaysiakini.com.


Seterusnya:


 (Foto Penghargaan TheMalaysianInsider.com)
Pendedahan Keahlian UMNO Milik Dua Orang Ketua SPR
PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin
paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan
Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan
Ahmad Wan Omar.


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa,
Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian
Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor
(Pasir Mas) di Kelantan.
Bersambung di Malaysiakini.com/


Maka:



ProRakyat: Kerajaan Paling Lemah Pasti Akan Rebah - Rakyat Hanya Perlu Alternatif Untuk Kebah

Diskusi dengan beberapa Pemimpin PAS veteran di Sentul, beralih daripada apa yang perlu kita lakukan untuk Rakyat bertukar kepada apa yang Kerajaan sedang lakukan dalam rencana kehancurannya sendiri.


Dijangka apa dilakukan, termasuk menangani Perhimpunan BERSIH 3.0, akan merudumkan pentadbiran Kerajaan ini kerana kelemahannya sendiri.

Kita hanya hadir di Dataran Merdeka.

Kemerdekaan sejati sudah sedia menyinar.

Kelahiran sebuah kerajaan baru.

Membawa harapan baru.

Harapan Rakyat, di sini antara detik bersejarahnya.

 

Isnin, 23 April 2012

ProRakyat: Thriller Dataran Merdeka Trailer

Penghargaan AmKramatCaya

ProRakyat: Di Antara Pemimpin Tiada Harapan (Najib) Dan Pemimpin Harapan Baru (Anwar)

Pilihanraya Umum Ketigabelas PRU 13, bakal menyaksikan di persada politik tanahair YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berdepan dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.








Sebahagian Rakyat menyokong Najib.


Sebahagian lagi Rakyat menyokong Anwar.


Sebahagian baki Rakyat belum menyokong atau tidak kisah sokongan mereka terhadap kedua-dua tokoh politik ini.


Pada masa ini ditulis, Najib sedang berhadapan dengan berbagai isu peribadi berkaitan dirinya, isterinya, keluarganya, kabinetnya, partinya, dan Barisan Nasional.


Menang PRU 13 pada masa terdekat, Najib Pemimpin Tiada Harapan.

Sila tonton - Strategi Kemenangan YB Shuhaimi Shafiei.




Pada masa yang sama, Anwar kelihatan lebih selesa dan yakin serta diyakini mampu membawa harapan baru.


Pun begitu, siri serangan terhadapnya belum reda. Satu per satu, seperti disusun rapi bersiri.


Sila baca:


Penghinaan terhadap Anwar tidak memberi bekas

http://msomelayu.blogspot.com, 23 Apr 2012

ProRakyat: Najis Apakah Sebusuk Bau Ingin Disorok?

1Malaysia sudah tahu. Kes Mahkamah melibatkan tokoh negara Malaysia.


1Malaysia belum tahu. Najis apakah Sebusuk Bau Ingin disorok.


Skandal kapalselamkah?


Atau kematian Altantuyakah?


Ini bukan lagi kuning kuning dia pening.


Lebih dari itu.

Sila baca:

Scorpenes And The “James Bond” Legal Eagle: What Dark Secrets Are Najib And Rosmah Hiding?

Jumaat, 20 April 2012

ProRakyat: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat

Sedari awal Mahasiswa yakin YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu memimpin dan menerajui, termasuk Pendidikan Bermutu Malaysia dan Pendidikan Percuma. Beliau perlu diberi peluang untuk melaksanakannya dalam masa terdekat. Sebahagian Mahasiswa memberi sokongan padu. Sebahagian lagi bila diberikan kefahaman bakal menyertai sokongan.

Dengan sokongan dan semangat pula sejak malam di Dewan Kiambang Seksyen 7 Shah Alam, Mahasiswa mula berarak dan berkhemah di Dataran Merdeka.

Apa yang berlaku, serangan samseng ke atas Mahasiswa, adalah cerminan cara gaya Pemimpin seterunya cuba mengekang Rakyat bakal mendapat nikmat dari kepemimpinan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terpanggil untuk menumpu masa kepada Mahasiswa saling menyokong di antaranya dan mereka.

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat.

Petikan dari facebook:

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kawasan perkhemahan para aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini ketika Anwar tiba pada jam 10.30 malam tadi.

Khamis, 19 April 2012

ProRakyat: Pilihanraya Malaysia Lebih Parah Berbanding Myanmar - Dato' Seri Anwar Ibrahim



YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata:
Myanmar sendiri sudah berubah dengan pembersihan daftar pengundi serta pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dibenarkan berucap di dalam media.

Dalam kategori ini maknanya Malaysia lebih parah daripada Myanmar.
Tambah beliau.

Pakatan Rakyat tidak berpuashati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang masih gagal membersihkan senarai daftar pengundi di seluruh negara yang diragui kesahihannya.

Kata beliau lagi,

Kita amat kesal bahawa janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi belum dilakukan dan nampaknya ada usaha untuk meneruskan cara kaedah penipuan yang amat dikesalkan. 
Tambah beliau,

Pakatan mahu menunggu daftar pemilih itu benar-benar bersih di mana SPR mengadakan perbincangan dengan Pakatan dan Barisan Nasional.

Khamis, 12 April 2012

ProRakyat: Presiden dan Pemimpin Rakyat Menziarah Menyentuh Hati Rakyat

Mungkin tiada daya beliau ke Dewan Kiambang Seksyen 7, Shah Alam, mendengar ucapan beramanat penting YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, perihal Pendidikan (Bermutu dan Percuma).

Namun atas nama dan erti Kemajuan dan Kebajikan, Presiden ProRakyat, Khairul Anuar Othman, berjaya meraih persetujuan, lantaran bersama Ahli Dewan Negeri Selangor Kota Anggerik, YB Dr Haji Yaakob Sapari, mengiring YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Datin Wan Azizah Wan Ismail, melawat seorang Rakyat, sakit buah pinggang, di kediamannya berhampiran Dewan berkenaan.


Sentuhan hati penuh erti.

Khabarnya Encik Razali Mahmud, diziarahi, sakit buah pinggang.

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca