Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTPTN. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

ProRakyat: Mahasiswa Tetap Berkhemah Di Dataran Catat Sejarah Kekentalan Orang Muda Pejuang Bangsa

Apakah penghargaan tertinggi hendak diberikan kepada mereka, sedangkan harga diri mereka melebihi segala pencapaian untuk bangsa dan negara.


Tiada siapa akan dapat kecap nikmat pengalaman selain mereka sendiri, kalangan Mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka, selepas meledak suara di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam.


Bermacam dugaan mereka hadapi. Selain bukan selesa bermalam di dataran itu, dibeban pula dengan serangan samseng, tekanan dari sebahagian penguatkuasa DBKL, dan ketidakpedulian polis, walaupun anak muda ini diancam keselamatan mereka.


Ditokok dengan Perdana Menteri yang tidak peduli. Menteri Pendidikan Tinggi yang kecam "padan muka" dan usah tagih simpati.


Tuduhan melulu didakwa melakukan maksiat.


Khemah dirosakkan. Barang dirampas. Badan cedera. Jiwa tertekan.


Semua ini untuk pernyataan menuntut perubahan, supaya negara perkenalkan pendidikan percuma. PTPTN dihapuskan nyata.

Penghargaan Foto: selangorku.com

Mahasiswa tetap tidak berganjak.

Satu catatan sejarah rekod kekentalan semangat juang orang muda.

Ahad, 22 April 2012

ProRakyat: Angin Kencang Tidak Dapat Menahan Gelombang Rakyat Tuntut Perubahan

Menurut MalaysiaKini.com:

Majistret tolak permohonan reman siswa
Peguam Syahredzan Johan berkata polis tidak boleh menahan siswa Umar Mohd Azmi yang ditahan di tapak perkhemahan pelajar di Dataran Merdeka hari ini lebih daripada tempoh 24 jam.

Sabtu, 21 April 2012

ProRakyat: Perkhemahan Mahasiswa Dataran Merdeka Dan Kesabaran Pembandu Lori DBKL?

Adakah klip video ini menjadi tanda kesabaran pihak penguatkuasa DBKL menangani perkhemahan Mahasiswa di Dataran Merdeka?
 
Bila si BESAR mengkasari si kecil.
 

Walaupun dari segi akal budi si besar hanyalah berkelulusan layak menjadi pemandu trak. Ini terbukti. Bukan semua tapi purata mereka Pemandu trak berkelulusan akademik rendah. 

Berdepan si kecil di Universiti untuk tidak memilih untuk menjadi pemandu trak bila kelayakan akademik dicapai kelak dijangka lebih tinggi untuk jawatan lebih tinggi dalam dunia pekerjaannya.

Jumaat, 20 April 2012

ProRakyat: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat

Sedari awal Mahasiswa yakin YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu memimpin dan menerajui, termasuk Pendidikan Bermutu Malaysia dan Pendidikan Percuma. Beliau perlu diberi peluang untuk melaksanakannya dalam masa terdekat. Sebahagian Mahasiswa memberi sokongan padu. Sebahagian lagi bila diberikan kefahaman bakal menyertai sokongan.

Dengan sokongan dan semangat pula sejak malam di Dewan Kiambang Seksyen 7 Shah Alam, Mahasiswa mula berarak dan berkhemah di Dataran Merdeka.

Apa yang berlaku, serangan samseng ke atas Mahasiswa, adalah cerminan cara gaya Pemimpin seterunya cuba mengekang Rakyat bakal mendapat nikmat dari kepemimpinan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terpanggil untuk menumpu masa kepada Mahasiswa saling menyokong di antaranya dan mereka.

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Semangat Baru Mahasiswa Semarak Gelombang Rakyat.

Petikan dari facebook:

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kawasan perkhemahan para aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini ketika Anwar tiba pada jam 10.30 malam tadi.

Khamis, 19 April 2012

ProRakyat: Kerajaan Selangor Dilaporkan Bayar Kembali Pinjaman PTPTN Kepada Peminjam Langsai

Dapat laporan dari

Amk Keadilan Rakyat Gerik

Kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.

Semua bekas Peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.

ProRakyat: Video Selepas Mahasiswa Di Dataran Merdeka Diserang Samseng Sudah Dikenali

*

*

ProRakyat: Samseng Serang Mahasiswa Berkhemah Di Dataran Merdeka Dalam 3 Rakaman Penuh liputan media tukanglawan

Penghargaan Blog Tukang Lawan








ProRakyat: Mahasiswa Diserang Samseng Samseng Samseng Samseng!!!

Samseng Samseng Samseng Samseng!!!

Siapa mereka ini???

Menurut mediarakyat.net

50 Samseng.
15 Khemah dirosakkan.
1 mangsa cedera dibawa ke hospital.

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca