Selasa, 24 April 2012

ProRakyat: Mahasiswa Tetap Berkhemah Di Dataran Catat Sejarah Kekentalan Orang Muda Pejuang Bangsa

Apakah penghargaan tertinggi hendak diberikan kepada mereka, sedangkan harga diri mereka melebihi segala pencapaian untuk bangsa dan negara.


Tiada siapa akan dapat kecap nikmat pengalaman selain mereka sendiri, kalangan Mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka, selepas meledak suara di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam.


Bermacam dugaan mereka hadapi. Selain bukan selesa bermalam di dataran itu, dibeban pula dengan serangan samseng, tekanan dari sebahagian penguatkuasa DBKL, dan ketidakpedulian polis, walaupun anak muda ini diancam keselamatan mereka.


Ditokok dengan Perdana Menteri yang tidak peduli. Menteri Pendidikan Tinggi yang kecam "padan muka" dan usah tagih simpati.


Tuduhan melulu didakwa melakukan maksiat.


Khemah dirosakkan. Barang dirampas. Badan cedera. Jiwa tertekan.


Semua ini untuk pernyataan menuntut perubahan, supaya negara perkenalkan pendidikan percuma. PTPTN dihapuskan nyata.

Penghargaan Foto: selangorku.com

Mahasiswa tetap tidak berganjak.

Satu catatan sejarah rekod kekentalan semangat juang orang muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca