Selasa, 24 April 2012

ProRakyat: Yes Boss!! Suruhan Pilihanraya Jayanya - Lawak Hanya Di Malaysia





(PINTU DIKETUK) Tiok Tok Tik Tok


Boss: Masuk!

Pegawai: Apsal Boss panggil? Nampak panik je.

Boss: Masa depan kita hancur!

Pegawai: Apsal lak Boss?

Boss: Big Boss kalah, lepas itu dia jadi Ketua Pembangkang, kita semua jadi penganggur.

Pegawai: Apa Boss nak risaukan. Big Boss mesti menang punya, kerusi dia kekal dulu kini dan selamanya.

Boss: Maksud kamu?

Pegawai: Daftar pemilih itu kami sudah adjust untuk 1Malaysia. Calon kita pasti menang. Calon pembangkang pasti kalah. Buat macam mana pun, calon pembangkang kalah gak.

Boss: Are you sure?

Pegawai: Sure one Boss. Daftar Pemilih kami sudah kotorkan sekotor-kotornya, tiada lain melainkan kotor belaka.

Boss: Kamu actplain kepada saya.

Pegawai: Begini Boss. Undi pos, semua beratur dan undi awal seperti biasa. Masuk beg pos, hantar ke pusat kiraan. Tapi itu semua kita tak hantar ke sana, kita buang tepi sungai je. Yang kita hantar, ialah beg yang kita sudah undikan lebih awal. Satu orang je tapi dia pangkah calon kita mewakili semua pengundi pos.

Boss: Bijak! Bijak!! Lagi.

Pegawai: Lagi Boss, ramai nenek dan datuk, ramai orang tua-tua, dan ramai yang telah meninggal dunia, semuanya boleh mengundi masa PRU 13, pangkah calon kita. Ada juga kita reka khas bubuh nama Puan Binti Ahmad lahir tahun 1996.

Boss: Hahahahaha. Otak kau memang bagus. Lebih bagus daripada orang-orang TIBAI.

Pegawai: Kita ada lantik anak lelaki seorang ADUN, bagus budak itu, kerja dia senang sahaja, tukar alamat semua pengundi di banyak kawasan, spesifiknya supaya semua mengundi di kawasan atas bukit ada katil, so calon kita bertanding situ mesti menang punya. Tempat lain macam gitu gak.

Boss: Bagus! Ada kerjalah kita selepas PRU 13. Selagi ada bulan dan matahari, selagi ada pilihanraya, kita ada kerja. Tak perlu menganggur.

Pegawai: Tambahan lagi, semua warga asing di negara kita termasuk Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Filipina, dan lain-lain, kita beri IC supaya mereka boleh mengundi di Malaysia. Kita ada teknologi baru, IC ada tarikh luput.

Boss: Nanti saya cadangkan kepada Big Boss, kamu naik pangkat. 

Pegawai: Jadi Boss tak usah risaulah. Semua beres. Cuma, Boss kena beritahu mantan Big Boss suruh dia kata, masa ini elok adakan pilihanraya. Lagi, mana-mana pemimpin politik Selangor tak masuk PAS dan terus bangang dalam UMNO dan Barisan Nasional, suruh depa kata orang ramai sudah sedar Barisan Nasional meningkat sokongannya.

Boss: Kenapa pulak?

Pegawai: Sebab kalau kita tidak buat begitu, banyak pihak terkejut kelak bahawa majoriti menang calon kita angka ribu-ribu. Kalau kita tak buat semua kekotoran ini, memang Barisan Nasional akan menang hanya di Melaka, Pahang, dan Johor. Itupun majoriti tipis.

(BUNYI TELEFON  DIDIAL): kenchering kencherong ching ching.

Boss: (Menelefon) Big Boss, kami semua sudah siap. Pilihanraya, apa Big Boss suruh, kami telah jayakan.

Big Boss: (Menjawab Telefon) Bagus. Selesai kes scorpene ini, saya umumkan tarikh pilihanraya.

Boss: Big Boss tak pergi Dataran Merdeka ke Sabtu ini join BERSIH 3.0?

Big Boss: Tak. Sebab nak shopping beli cincin di Australia.

Boss: Cincin belah rotan ke Big Boss?

Big Boss: Tak.  Murah je. Berlian. RM 85 juta sebentuk.

Boss: All the best Big Boss. Enjoy life. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca