Pengalaman.
Kisah benar. Benar belaka.
Seorang tua berjalan di gelap Rawang membawa sebuah bag, dalamnya hanyalah sehelai kertas, sajak untuk kekasih.
Itu sahaja. Tiada lain.
Dua pemuda bersenjata meninjaunya dari motorsikal.
Orang tua itu didekati.
Seorang daripada dua pemuda itu mengeluarkan sebatang rokok dan pura-pura minta lighter. Orang tua itu kata tiada, dan berlalu.
Mereka berlalu pula, tetapi dari arah bertentangan dan dengan laju menerpa orang tua itu dari depan. Dia mengelak, dan dengan motorsikal mereka mengejar orang tua itu yang lari memintas.
Seorang turun dari motor dan menyepak orang tua itu dari belakang. Dia terjatuh tepi jalan. Bahunya ditekan. Beg hendak dirampas tidak mahu dilepaskan.
Sebilah pisau dikeluarkan dan dihayun tinggi untuk dibenamkan ke dada orang tua itu. Di saat hampir pisau mencecah dada, dia menyeru sekuat tenaga dan selantang suara, "Allah........hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Ya Robbi!!"
Dia selamat.
Dua pemuda tadi lenyap entah ke mana.
Sehari kemudian duduk di sebelahnya, dan ini pesanannya ketika itu, dan pesanannya ketika ini kepada anda berhadapan kepongnya Polis dan kerasnya DBKL.
Setiap manusia ada pintu kecil sentiasa terbuka. Hanya dengan suara, serulah Dia. Insyaallah, pasti Polis meleraikan kepongan. DBKL sekeras manapun akan berdiri kaku, beku dan hanya air kencing meleleh membasahi seluar beruniformnya.
Takbir!
Ingatlah zaman dahulu sama kisahnya, Raja Nimrod dengan Azar Bapa Nabi Ibrahim.
Begitu juga Nabi Muhammad dan sahabat melepasi kepongan dan ancaman nyawa dalam peristiwa hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan