Khamis, 26 April 2012

ProRakyat: Perhimpunan BERSIH 3.0 Dan HIJAU 3.0 Aman. Adakah DBKL Nak Jadikannya Huru-hara?


Ketetapan

Setiap orang datang dengan Baju-T Kuning mewakili BERSIH 3.0

dan

Baju-T mewakili HIJAU 3.0

datang ke Dataran Merdeka dengan aman.

Betul atau Tidak?

 


Setiap hadirin diberikan taklimat. Semua itu akhirnya aman.

Menyedari hakikat ini, dan kesilapan lalu semasa BERSIH 2.0, Menteri pun buat kenyataan, "no hal, go on".

Pihak Polis pun tak kisah.

Media pun tak minat buat story apa-apa pun pasal perhimpunan ini, kecuali media prihatin pembacanya nak tahu.

Semua ok. Peserta pun rasa ada masa pergi tak ada tak kisahlah kalau tak pergi pun ramai akan pergi kot.

Berubah.

DBKL ada kuasa sebagai PBT - Pihak Berkuasa Tempatan, dengan bidang kuasa tertentu.

Ketika Mahasiswa berkhemah dan terus berkhemah dengan tekad sampai 28 April 2012, semacam menyambut BERSIH 3.0 dan HIJAU 3.0 beserta Hapus PTPTN, kelihatan penguatkuasa DBKL main kasar.

Kononnya Mahasiswa menghalang mereka bekerja. Membuatkan mereka hilang kesabaran. Membuatkan mereka kasar. Sedangkan mereka lembut. Auw!

Dua pertembungan di antara Penguatkuasa DBKL dan Mahasiswa Berkhemah di Dataran Merdeka, membuka mata sebahagian Rakyat.

Macam mana Penguatkuasa boleh perangai begitu sesama Rakyat Malaysia.


Timbul kesedaran kalangan entah pergi entah kan tidak, kepada "wajib" pergi.

 

Manakala manipulasi Kad Pengenalan untuk memenangkan BN at all cost bertambah ligat.

Pilihanraya Umum paling kotor dalam sejarah negara sudah siap, isyarat inilah masa terbaik adakan pilihanraya disemboyankan.

BN sudah tahu keputusan pilihanraya umum, menang, sebelum pun pengumuman tarikh Parlimen dibubarkan.

Manakala radioaktif percuma menjadi sebahagian lagi Rakyat tidak merasa selesa.

 

 
 

84 NGO malahan lebih lagi sentiasa bersuara. Merata pergi tak berdiam sahaja.

Terkini, Pemimpin DBKL pun mengeluarkan amaran keras, dan ini mengajak pihak Polis bekerjasama. Menteri pun auw korner baring kenyataan supaya tempat perhimpunan diubah ke kawasan lain.

 
 
Sindiran bermula, mereka sudah tidak sabar nak berhimpun, jogging dahulu.

Walaupun begitu, Rakyat semakin terpanggil untuk berarak menuju Dataran Merdeka.

Merdeka!!

Hari ini:

Sabtu. 28 April 2012. 2 Petang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca