Isnin, 23 April 2012

ProRakyat: BERSIH 3.0 Gelombang Rakyat Dan Penyertaan Anda

BERSIH 3.0 adalah anjuran NGO menuntut Pilihanraya Umum yang bersih di Malaysia.


Betapalah murninya tuntutan ini.


Sekadar Duduk dan Bantah. Itu isyarat ingin dihantarkan kepada pihak berkuasa pemerentah negara supaya mempastikan Pilihanraya Umum yang bersih di negara ini.


Mahu dilangsungkan secara aman. Sebentar sahaja - dari jam 2 petang hingga 5 petang.


Sirinya telah bermula dengan gelombang kecil-kecilan di negeri tanahair kita ini.


Kemuncaknya di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 ini.


Kenapa Dilangsungkan?


Perihal apa yang berlaku di Parlimen, baru-baru ini, Naeem Raffi TVSelangor.com melaporkan:

Pindaan Akta Pilihanraya Wujudkan Pilihanraya Yang Tidak Telus

Foto dan Grafik Penghargaan Kepada Selangorku.com
SHAH ALAM, 23 APRIL : Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini disifatkan sebagai tidak menepati tuntutan rakyat (BERSIH) dan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC).


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pindaan ini bakal mewujudkan sebuah pilihanraya yang tidak telus.
“Pindaan ini sememangnya tidak menyebelahi tuntutan rakyat yang dicadangkan oleh PSC, kita (Pakatan Rakyat) telah berusaha membetulkan semua ini dalam sesi perbahasan di  Dewan Rakyat.

“Oleh itu, hanya tinggal jalan terakhir iaitu protes rakyat menerusi BERSIH 3.0 yang akan di adakan hujung bulan ini,”ujarnya.

Kerana Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah melakukan segala yang perlu mengakibatkan Pilihanraya Umum ketigabelas ini paling kotor dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Segala amanah dan tanggungjawab mempastikan Pilihanraya Umum di Malaysia bersih, telah dicemari amalan kekotoran. SPR yang sebaiknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, telah jelas memihak untuk Barisan Nasional menang, "at all cost". Yang pasti, Pilihanraya Umum di Malaysia pasti kotor.


Pihak Polis DiRaja Malaysia pula dilihat mempertahankan amalan yang sama atas nama keselamatan. Acara BERSIH 3.0 tidak dibenarkan.


Terdapat bukti bahawa warga asing di Malaysia, telah diberikan kad pengenalan, sehingga mereka yang tidak ada kena mengena dengan Pilihanraya Umum di Malaysia, akan sama-sama mengundi di kali ketigabelas ini bersama Rakyat Malaysia yang layak.


Terdapat 'grand design" di mana individu dan pihak tertentu sedang membuat kerja pesongan seperti menukar alamat mengundi kalangan pengundi yang diketahui tidak akan memangkah Barisan Nasional. Hak mengundi mereka dinafikan.











 

Kenapa Penyertaan Anda Perlu.

Bahawa anda mahukan Pilihanraya Umum di Malaysia yang bersih. Hadir dikira angka.

Gelombang Rakyat menerusi pernyataan BERSIH 3.0 kecil tanpa anda.


Perhimpunan Aman ini mudah, namun telah dijadikan susah.


Perhimpunan berserta tuntutan ini boleh dijayakan berjaya, tetapi seawalnya sudah mahu digagalkan.

Anda, saya, kita sama-sama kuningkan Dataran Merdeka, Sabtu, 28 April 2012, Jam 2 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Pelawat

Paling Dibaca