(Mungkinkah di suatu hari nanti bila kerajaan bukan lagi Barisan Nasional, dia akan dedahkah siapa di sebalik keputusannya itu)
Datuk Bandar DBKL yang kini menjadi jenaka ramai memang tersepit bila ditanya mengenai kuasa dan bidang kuasanya sehubungan Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 Dan HIJAU 3.0 Dataran Merdeka.
Budi Bicara Datuk Bandar. Izin atau Tidak Izin.
Jika dia izin. Dia akan dilihat Pelantiknya sebagai, "Ewah! Dia ini kita yang lantik dia, tapi di beri green light pula pada Penganjur BERSIH 3.0 dan HIJAU 3.0. Baiklah, dia akan diberi yellow light berkuatkuasa 1 Mei 2012."
Jika dia tak izin. Dia rasa dia betul. Dia ikut peraturan ketetapan. Tapi seperti satu tiang di Makkah jemaah lontar batu. Dia di Malaysia Rakyat lontar cemuhan.
Cemuhan ini tidak berakhir ketika hidup atau matinya. Catatan lipatan sejarah akan sentiasa dibuka dan generasi akan datang akan terus kata, "Oho dia inilah orangnya yang tidak izin perhimpunan aman di Dataran Merdeka 100 tahun yang lalu."
Dia berkuasa dan digunakan kuasanya itu. Pelantik lapang dada. Tapi yang semput tentulah dia juga. Tapi Rakyat tidak endah. Orang sepertinya mudah diperlecehkan sebab dia tiada budi bicara. Malah, dia mahu tindakan keras pula.
Seluruh warga kerja DBKL, berapa orang kah seperti lagak pemandu trak DBKLyang diyoutubekan kasar itu? Tidak ramai kalangan warga kerja DBKLmenyokongnya atau bersetuju dengan keputusannya. Meningkat jumlah pegawai yang bercuti. Tanda tidak mahu bersengkongkol.
Jika Datuk Bandar DBKL nak main keras. DBKL tidak mampu. Dia mesti disokong pihak Polis. Tetapi imej pihak Polis masih berparut BERSIH 2.0.
Mahu tak mahu, kenyataan "duduk boleh, berarak tidak boleh" dikeluarkan. Itupun sudah lemah berhadapan Gelombang Rakyat.
Mungkin kerana bajet atau tidak sempat, Dataran Merdeka tidak dapat dipagari setinggi tembok batu China. Setakat ini sekadar kawat penahan ayam. Lembu pun tidak di situ mudah rempuh dan makan rumput hijau di Dataran (tidak lagi) Merdeka.
Kelak akan ditanya, "Adakah ini keputusan awak sendiri atau arahan Najib?"
Apapun jawapannya, Najib kelihatan sebagai Pemimpin lembik.
Baca ini...bagus sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan