Jelas dan nyata serta terang pula kenyataan para Pemimpin Selangor merata media sokong BERSIH 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April 2012 Sabtu Jam 2 Petang.
Ini seiring dengan ramai Pemimpin lain-lain negeri di Malaysia. Sokong dan Sertai.
Ini bukan lagi Nasional tetapi acara Internasional.
Namun sedikit menghairankan, bila Rakyat kalangan NGO menganjurkan acara seumpama, Pre-Road to BERSIH 3.0 Di Dataran Shah Alam 21 April 2012 Sabtu Jam 3 Petang, setakat ini pelawaan belum bersambut.
Belum ada seorangpun memberi komitmen hadir atau memberi sokongan.
Mereka kalangan Pemimpin, Rakyat beri sokongan sehingga mantap 4 tahun bersama berkuasa menerajui Selangor. Kini Rakyat harapkan sokongan mereka. Senyap.
Mungkinkah kurang "political mileage" jika hadir di Selangor berbanding di Kuala Lumpur?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan