Aktiviti kita seterusnya...
Atas rasa peduli kepada kepincangan hidup dan nasib masa depan Peneroka FELDA. ProRakyat maju dan bajik dengan aktiviti susulan berikut:
Dilaporkan, Penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH)
ke Bursa Malaysia didakwa akan menyebabkan Felda mengalami defisit
pendapatan sebanyak RM1.5 bilion yang akan merugikan generasi kedua
Felda untuk jangka masa panjang.
Situasi ini menyebabkan Felda hanya akan memperolehi pendapatan
tahunan melalui pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan hasil jualan
sehingga RM508 juta, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kemajuan Dan
Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat), Mohd Naquib Carmeil Roseli.
(Bersambung Mohd Ezli Mashut selangorku.com)
Ayuh! Bersama Kemajuan dan Kebajikan Peneroka FELDA.
Kita terus bantah.
Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat) telah mengambil ketetapan bahawa pertubuhan ini akan bersama-sama rakyat Selangor dan seluruh warga Felda untuk menentang sebarang usaha dari pihak tertentu untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Berkata kepada keadilankini, Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil Roseli, ini adalah kerana dengan penyenaraian tersebut ianya dilihat sebagai bertentangan dengan matlamat asal penubuhan Felda dan sudah tentu akan menjejaskan kedudukan peneroka sebagai tuan rumah.
"Hasrat Felda untuk memajak 350 ribu hektar tanahnya selama 99 tahun kepada FCVH bercanggah dengan Akta Kemajuan Tanah 1956 kerana FGVH tiada hak ke atas tanah peneroka itu.
"Kerajaan negeri adalah juga tidak wajar untuk menyediakan tanah kepada Felda untuk diniaga dan disenaraikan ke bursa saham, malah penyenaraian ini juga akan mendedahkan kepada risiko dimonopoli oleh pihak tertentu dan Prorakyat bimbang Felda akan menjadi seperti Bernas yang kini dikuasai oleh individu nukan bumiputra," jelasnya.
Menurutnya lagi, Prorakyat tidak membantah sekiranya penyenaraian FGVH ke bursa saham hanya melibatkan kepentingan FCVH sendiri yang memiliki tanah di Kalimantan Indonesia yang seluas 20,000 hektar asalkan tanah milik peneroka langsung tidak disentuh.
keadilankini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan